Home | Maklumat & Berita Sureco | Kajian Mengkudu | Tips Berjaya | Prakata dari Barisan Pengarah | Produk & Khasiat | Senarai Harga Produk | Plan Pemasaran
Kenapa Kita Perlukan Spirulina
Produk Kesihatan Sureco

 KENAPA KITA PERLUKAN SPIRULINA (SPN) ??



Spirulina merupakan sejenis tumbuhan alga bewarna biru kehijauan yang tumbuh di permukaan tasik tasik alkali.

Kandungan protein di dalam Spirulina lebih tinggi daripada mana mana makanan semulajadi.  Disamping itu ia juga kaya dengan vitamin, zat galian dan asid lemak yang diperlukan oleh badan.

Sistem badan manusia.

Sistem badan kita adalah di pengaruhi oleh perbagai faktor.  Contohnya bahan bahan pencemar, bahan bahan kimia, mutu makanan yang rendah, pilihan makanan yang tidak sesuai, tekanan emosi, kekurangan rehat, tekanan emosi dan kurangnya bersenam.  Faktor faktor inilah menyebabkan badan kita gagal berfungsi dengan baik.  Sememangnya sebahagian faktor ini boleh dielakkan atau dikawal namun bukanlah semuanya.

Untuk menyediakan badan kita supaya dapat menentang faktor faktor ini adalah dengan cara memakan makanan tambahan lengkap dan semulajadi.

Kajian dan penyelidikkan yang telah dibuat menunjukkan bahawa dengan memakan Spirulina ia dapat merawati perbagai masaalah kesihatan seperti kepenatan kerana ia menambahkan tenaga, ia juga berjaya menguatkan daya imunisasi badan, selsema, masaalah untuk tidur malam, enemia, kurang nafsu makan, pening atau migrain, sembelit, penyakit kulit, ketidak seimbangan hormon dalam badan, tekanan darah, penyakit jantung, ulser perut, penyakit saraf, kencing manis (diabetis), penyakit hati, penyakit buah pinggang dan sebagainya.


Ringkasnya Spirulina adalah sejenis makanan tambahan semulajadi yang lengkap dan amat berguna untuk sesiapa saja tanpa mengira peringkat usia yang inginkan hidup yang lebih sihat dan cergas.

Spirulina mengandungi protein lengkap yang mengandungi seluruh 22 jenis asid amino.  Ia mengandungi kadar protein yang tinggi dimana tiada makanan lain yang mampu menyainginya yang diketahui setakat ini. 

Fungsi utama protein ialah menggiatkan lagi badan, merawat tisu tisu yang rosak serta membekal tenaga yang diperlukan. 

Mereka yang memerlukan lebih protein ialah ibu hamil, kanak kanak yang sedang membesar, orang tua, mereka yang selalu sakit juga mereka yang aktif sukan atau apa saja. (Kekurangan nya akan mengakibatkan penyakit dan daya melawan penyakit yang lemah).

Kebanyakkan protein tidak dapat dihadam dengan segera.  Namun Spirulina amat mudah dihadam.  Maka ia mampu membekalkan tenaga dengan serta merta dan berkekalan.

Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa ia akan menimbulkan sebarang kesan sampingan atau komplikasi yang negatif, kerana ia tidak beracun.  Ia boleh dimakan walaupun diketika anda sedang dalam rawatan perubatan.  Ia tidak mengandungi pewarna, perasa mau pun bahan pengawet tiruan.
 
 

Enter supporting content here