Home | Maklumat & Berita Sureco | Kajian Mengkudu | Tips Berjaya | Prakata dari Barisan Pengarah | Produk & Khasiat | Senarai Harga Produk | Plan Pemasaran
Tips Bab 2
Produk Kesihatan Sureco

Enter subhead content here

 

BAB 2

Menjual Barangan MLM

Adalah silap jika anda beranggapan bahawa menjual barangan edaran anda, anda mesti pergi dari sebuah rumah ke sebuah rumah sambil mengetuk pintu rumah pelanggan. Anda tidak perlu berbuat demikian. Anda perlu membuat jualan kepada diri anda dahulu. Anda mesti mencuba barangan itu untuk menikmati keberkesanannya. Jika anda tidak menggunakannya (menjual kepada diri anda), bagaimana anda hendak menerangkan kebaikan produk anda kepada pelanggan anda? Setelah anda telah mengetahui kebaikan produk itu sendiri, perkenalkanlah (to intoduce) (BUKAN MENJUAL!) atau berkongsilah (to sharing) kepada orang yang paling rapat dengan anda seperti adik-beradik anda dan kawan rapat anda.

Percayalah, jika bilangan mereka 10 orang, anda akan secara automatik akan mendapat 10 orang pelanggan baru kelak kerana sudah menjadi resam manusia, seorang manusia akan mempunyai kenalan yang lain. Dengan ini, pelanggan anda akan bercambah tanpa anda sedari sedangkan anda hanya memperkenalkan barangan anda hanya kepada orang yang paling rapat dengan anda.

Anda janganlah cuba menjadi supersalesman dengan pergi dari pintu ke pintu kerana saya percaya sebagai manusia, kita tidak ada kudrat seperti itu.


Membuat Tajaan

Jangan memulakan penajaan terhadap orang yang belum anda kenali melainkan prospek itu ialah orang yang dikenali betul oleh downline anda. Anda harus meneliti kesungguhan prospek itu sebelum anda menawarkan starter kit kepada mereka. Prospek yang berbakat dan berkualiti dapat anda kenali melalui masa anda membuat pembentangan tentang peluang perniagaan ini. Lazimnya, mereka yang berbakat dan berkualiti ialah yang sentiasa menumpukan perhatian pada pembentangan/demonstrasi yang anda lakukan dan sentiasa pula mengemukakan soalan-soalan yang baik.

Satu jalan mudah untuk membuat penajaan adalah kepada orang yang rapat dengan anda yang telah pun merasai kebaikan produk yang anda perkenalkan itu. Katakan secara lembut (slow-talk) kepada mereka bahawa jika mereka menjadi pengedar produk itu, mereka akan mendapat sekurang-kurangnya 2 faedah, iaitu mereka dapat membeli produk itu mengikut harga pengedar (biasanya terdapat diskaun 25% bagi setiap produk) yang lebih menjimatkan dan mereka akan mendapat perniagaan sendiri untuk meraih pendapatan sampingan setiap bulan.

Jika syarikat MLM memperuntukkan pengumpulan kopun, mereka akan mendapat peluang untuk memiliki barangan lain yang tidak terdapat dalam senarai produk syarikat secara percuma apabila jumlah kopun yang dikumpul oleh mereka mencukupi untuk melayakkan mereka menerima hadiah.

Seperti menjual (memperkenalkan) di atas tadi, mereka juga akan membuat penajaan kepada orang yang dikenali oleh mereka setelah mereka menjadi pengedar. Saya percaya, daripada 10 orang yang menjadi pelanggan anda akan ada 4-5 orang yang benar-benar berminat untuk menjadi pengedar.


Membuat Servis

Ramai pengedar beranggapan bahawa servis tidak perlu bahkan suatu perbuatan leceh. Pada anggapan mereka, pelanggan tidak memerlukan servis. Servis amat perlu dalam MLM kerana servis umpama iklan produk biasa yang biasa ke udara di televisyen atau disiarkan di akhbar. Anda tidak boleh membuat iklan produk dalam televisyen atau akhbar kerana salah dari segi Akta Jualan Langsung.Jadi, servislah pengganti iklan. Dengan servis, anda telah menunjukkan kesungguhan anda terhadap perniagaan ini dan komitmen anda untuk membantu pelanggan anda. Jika anda tidak membuat servis, anda tidak akan mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelanggan anda setelah menggunakan produk itu. Jika produk itu mendatangkan masalah kepada pelanggan anda dan anda tidak membuat servis, anda akan dituduh tidak bertanggungjawab menjual/memperkenalkan produk yang tidak berkualiti. Jika pula produk itu memberikan kebaikan kepada pelanggan anda dan anda tidak membuat servis, anda telah kehilangan peluang keemasan untuk memperkenalkan barangan lain dalam senarai produk syarikat MLM anda.

Jika anda memberikan servis (susulan selepas membuat jualan), pelanggan anda akan berasa dihargai dan akan mencari anda untuk membeli produk yang sama pada masa hadapan setelah produk itu habis digunakan. Jadi, servis bukan perbuatan yang leceh tetapi suatu kaedah untuk menyemai perasaan saling mempercayai antara anda dengan pelanggan anda.

Gunakan servis untuk menjual lebih banyak barangan baru dalam senarai barangan yang ada dalam syarikat MLM anda.


Anda Tidak Ada Masa Lapang?

Semua orang mempunyai masa yang sama - 24 jam, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, atau 365 hari setahun. Pengedar yang telah berjaya juga mempunyai masa yang sama. Pengedar yang mengatakan bahawa mereka tidak ada masa lapang sebenarnya membuat andaian salah. Jika anda bekerja dengan kerajaan, anda ada masa lapang pada hujung minggu. Jika anda bekerja mengikut shif, akan ada masa lapang sebelum tiba masa bekerja.

Peliknya, pengedar yang berkata bahawa mereka tidak ada masa lapang, masih ada masa menonton televisyen atau berjalan-jalan di bandar pada hujung minggu. Sebenarnya, mereka hanya memberikan alasan tidak logik. Anda mesti keluar daripada zon keselesaan sekarang ini agar anda dapat masuk ke dalam zon keselesaan itu sampai bila-bila. Maksudnya, anda mesti mengorbankan masa rehat/masa lapang anda untuk beberapa tempoh dengan membuat perniagaan MLM ini sungguh-sungguh kerana apabila anda sudah berjaya kelak, anda akan masuk semula ke dalam zon keselesaan ini.


Sebagai pengedar sambilan, anda hanya perlu memperuntukkan lebih kurang 1-2 jam yang berkualiti untuk perniagaan ini, bukannya 12 jam! Yang paling baik mencipta masa lapang adalah dengan membuat jadual khusus perniagaan MLM ini. Binalah jadual secara sistematik. Jika anda memperuntukkan masa antara 1 hingga 2 jam sehari untuk perniagaan ini, maka jangan bazirkan masa itu dengan aktiviti yang tidak berfaedah.Bekerjalah dengan bijak, bukan bekerja dengan kuat.



Ramai Pengedar Dalam Syarikat MLM Ini

Ramai pengedar merungut. Macam mana hendak menjual dan menaja kerana sudah ramai pengedar dalam syarikat MLM ini? Memang benar terlalu banyak pengedar dalam sesebuah syarikat MLM tetapi bukan semua pengedar berdaftar yang benar-benar serius melakukan perniagaan ini.

Hanya 5% sahaja yang bergiat aktif sementara selebihnya telah "tidur". Jika anda pengedar yang masih aktif, ini peluang anda untuk mendapatkan jualan dan tajaan yang sepatutnya menjadi jualan dan tajaan pengedar yang "tidur" itu.


Penduduk negara ini bertambah setiap hari dengan kelahiran bayi. Ini bermakna pada setiap hari, anda mempunyai pelanggan yang belum anda dekati. Ini bermakna pada setiap hari, beribu-ribu orang penduduk Malaysia yang merayakan hari jadinya yang ke-18 yang lazimnya had umur layak menjadi pengedar. Inilah bakal prospek anda. Jika anda masih aktif, saya percaya, anda akan dapat membuat jualan produk baru syarikat MLM anda kerana kebanyakan syarikat MLM di negara ini telah mengeluarkan barangan baru untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Pelanggan pengedar yang "tidur" kini menanti kedatangan anda. Jadi, anda tidak harus melepaskan peluang itu. Ada pengedar yang nombor kehliannya (ID Number) sekitar 6XXXXX telah pun mencapai hirarki tertinggi mengatasi pengedar lama yang nombor Idnya sekitar 4 hingga 5 angka. Saya berani memberikan jaminan bahawa jika anda tidak mendapat seorang pun pelanggan setelah anda berusaha memperkenalkan produk anda kepada mereka, saya sendiri akan membeli produk anda.

Adalah amat mustahil tidak ada seorang pun yang mahu membeli produk anda setelah anda berusaha memperkenalkannya. Jangan jadikan suatu alasan "Sudah banyak orang buat" sehingga anda tidak mahu menjalankan perniagaan ini.


Mampukah Saya Memimpin Downline Saya?

Perkataan "memimpin" perlu anda tukar kepada "membantu". Ada boleh membantu orang lain seperti anda membantu isteri di dapur, membantu anak-anak menyelesaikan masalah kerja sekolah, membantu orang tua melintas jalan, dan sebagainya. Ingatlah, sebelum anda mampu membantu (memimpin), anda telah pun terlebih dahulu dibantu (dipimpin) oleh upline anda. Tiru bagaimana upline anda membantu anda dahulu. Itulah cara mudah untuk membantu downline anda.

Dalam MLM ini, tiru-meniru kaedah adalah tidak salah. Dengan pengetahuan yang anda pelajari daripada upline anda, anda gunakanlah untuk membantu downline anda. Seringlah menghubungi mereka dengan bertanyakan soalan : "Apa yang boleh saya bantu?", "Di mana kita hendak pergi hari ini/esok?", "Ada apa-apa masalahkah semasa membuat jualan/tajaan?", dan pelbagai pertanyaan yang menjurus kepada usaha untuk menghulurkan bantuan. Jika anda masih kekurangan ilmu memimpin/membantu, hadirilah seminar, mesyuarat mingguan/bulanan, rally, konvensyen yang dianjurkan oleh syarikat, atau baca buku-buku kepimpinan dalam perniagaan. Dengan penambahan ilmu itu, anda pasti akan menjadi pemimpin MLM yang berwibawa.


Maintain Bulanan Sangat Tinggi

Terdapat syarikat MLM yang menetapkan jualan minimum bulanan yang agak tinggi untuk melayakkan pengedar menerima bonus. Seperti yang dinyatakan di atas, maintain bulanan itu bukanlah suatu masalah jika anda berusaha untuk menjual produk anda kepada pelanggan anda. 250 Point Value untuk anda layak menerima bonus bukanlah besar jika anda membuat jualan. Jika anda malas atau enggan membuat jualan, dengan syarikat MLM yang menawarkan maintain bulanan terendah pun, anda masih tidak akan layak untuk menerima bonus.

Saya sendiri telah menyaksikan beberapa orang pengedar dalam sebuah syarikat MLM tempatan yang maintainnya hanya RM30 (sekarang RM50) bukan berasaskan point value (PV), masih gagal memperoleh bonus kerana mereka tidak melakukan jualan hatta untuk membeli barangan bagi kegunaan peribadi mereka.

Jadi, sama ada maintain bulanan syarikat itu tinggi atau rendah, ini bukanlah penghalang kepada anda untuk terus menjalankan perniagaan ini. Mengapa pengedar dalam sebuah syarikat MLM beribu pejabat di Amerika yang maintainnya sekitar 250PV (bersamaan lebih kurang RM400-500)masih dapat memperoleh bonus mereka pada setiap bulan? Jawapannya ialah mereka tetap melakukan jualan biar pun terdapat saingan.


Benarkah Masuk Jualan Langsung Hanya Memperkaya Upline?

Perniagaan MLM adalah perniagaan peribadi. Anda berniaga bukan untuk upline anda. Jika anda bekerja dengan bersungguh-sungguh, anda yang akan merasai hasilnya, bukannya upline anda. Mana-mana upline yang menganggap bahawa setelah mereka menaja ramai pengedar baru lalu mereka duduk goyang kaki, maka mereka akan tersingkir. Terdapat syarikat jualan langsung di Malaysia yang pelan pemasarannya membenarkan downline "memotong" upline yang tidak berusaha sungguh-sungguh.

Jika upline anda menerima bonus yang lumayan dan mereka masih berusaha sungguh-sungguh, maka itu adalah adil kerana mereka mendapat hasil daripada kesungguhan mereka. Saya telah menyaksikan beberapa orang usahawan MLM yang menerima bonus dalam lingkungan RM3,000 hingga RM5,000 sebulan telah kehilangan nikmat itu setelah mereka sambil lewa melakukan perniagaan ini. Sebaliknya, downline mereka pula yang menerima bonus dalam jumlah sebegitu. Inilah keistimewaan MLM.

Anda bukan bekerja untuk memperkaya upline anda. MLM yang asli bukan Skim Cepat Kaya atau Skim Piramid/Binary Scheme yang bertopengkan MLM. Dalam MLM Skim Binari atau Piramid, upline boleh duduk goyang kaki sedangkan downlinenya bertungkus-lumus bekerja.   Hanya Piramid Di Mesir Kukuh Berdiri Piramid Di Malaysia Semuanya Roboh!


Bab 3 :      Mustahilkah Menjadi Jutawan Dalam MLM?

Dalam sesi seminar, konvensyen, rally, dan mesyuarat mingguan atau bulanan, penceramah syarikat sering berkata bahawa usahawan boleh menjadi kaya dalam perniagaan ini - menjadi jutawan! Ramai pengedar yang sangsi dengan kata-kata penceramah ini. Benarkah boleh menjadi jutawan dalam perniagaan ini? Kedengarannya agak mustahil. Ya, kata-kata ini memang agak mustahil tetapi ini tidak bererti ia tidak boleh menjadi kenyataan. Dalam agama pun, dikatakan bahawa 9 bahagian daripada 10 bahagian rezeki terdapat dalam bidang perniagaan. Ini bermakna bahawa 90% kekayaan dapat digali dalam perniagaan. Jika anda pengedar yang mahu bergelar usahawan jutawan, anda perlu percaya bahawa anda boleh  menjadi jutawan dalam perniagaan ini tetapi bukanlah dalam sekelip mata.

Menjadi jutawan dalam jualan langsung samalah dengan membina bangunan. Asas/tapak perlu dibina sebelum anda membangunkan dinding konkrit.Setelah tingkat demi tingkat dapat dibina, barulah anda boleh memasang/membina mercunya. Membina sebuah bangunan tidak dapat dilakukan dalam sehari dua, tetapi berbulan-bulan. Jika bangunan itu bangunan mercu tanda, masa yang lama amat diperlukan.

Boleh atau tidak menjadi jutawan MLM adalah soal kedua. Persoalan asasnya ialah mahu buat atau tidak mahu buat. Anda sabar atau tidak dalam perniagaan ini. Bukanlah menjadi rahsia bahawa: Jika mahu menjadi kaya, berniagalah!" Peniaga-peniaga yang menjadi kaya-raya seperti Pengerusi Microsoft, Bill Gates "mencipta keperluan orang ramai", bukannya "memenuhi keperluan orang ramai". Orang ramai/pelanggan tidak menyangka produk keluarannya akan dikeluarkan tetapi beliau mengeluarkannya kerana sedar bahawa produk itu kelak akan menjadi keperluan orang ramai pada masa akan datang.

Dalam MLM, senarai produk telah tersedia. Kegunaannya juga telah diketahui. Misalnya, sabun cuci digunakan untuk mencuci. Anda menjual sabun cuci. Ini bererti anda hanya memenuhi keperluan pelanggan yang mahu menggunakan sabun cuci untuk membasuh pakaian. Untuk lebihberjaya dan berlainan daripada pengedar yang lain, anda perlu "mencipta keperluan pelanggan" melalui sabun cuci.

Misalnya, terdapat sabun cuci yang dirumus sedemikian rupa sehingga menjadi serba guna (multi-purpose). Selain dapat dijadikan sabun cuci, dapat pula dijadikan baja tanaman atau membersihkan barangan kemas daripada kekotoran daki. Pendek kata, anda mesti kreatif. Anda mesti menjadikan sesuatu produk yang anda edarkan bukan sahaja dapat digunakan untuk kegunaan biasa tetapi juga dapat digunakan untuk kegunaan yang lain.

Jika anda berjaya, anda akan mendapati bahawa produk tersebut menjadi best-sellers. TETAPI, jangan mereka-reka faedah/kegunaan lain yang belum anda uji sepenuhnya kerana jika tidak benar, anda sendiri yang akan rugi.

Anda boleh menjadi jutawan dengan memastikan produk syarikat anda dapat dijual secara banyak. Katakan, sekotak sabun cuci dijual pada harga pengedar RM13.00. Jika anda dapat menjual sebanyak 100,000 kotak sebulan, maka jualan anda berjumlah RM1,300,000. Untung runcit yang bakal anda terima ialah RM325,000 bagi setiap jualan. Jumlah isi rumah di negara ini bukan setakat 100,000 buah tetapi berjuta-juta. Jika hanya 10% daripada 22,000,000 orang di Malaysia membeli sabun cuci anda, maka jualan anda ialah (RM13.00 X 2, 200, 000) = RM28,600,000. Tetapi, anda tidak mungkin dapat menjual sebanyak 2, 200, 000 kotak sabun sebulan. Anda mesti mendapatkan bantuan. Cara terbaik adalah dengan menaja prospek yang berbakat dan berkualiti, bukan sahaja di dalam daerah anda tetapi juga di luar daerah dan negeri anda.


Dengan bantuan downline anda, barulah anda akan dapat melakukan jualan berjuta-juta kotak sabun sebulan ke seluruh negara agar anda memperoleh bonus bulanan ratusan ribu ringgit sebulan. Anda perlu juga membuat jualan ulangan bagi produk yang sama dan membuat jualan susulan bagi produk yang lain. Inilah rahsia jutawan MLM.


Untuk mendapatkan belian ulangan daripada pelanggan anda, anda wajib membuat servis dan harus bijak menghidu peluang untuk memperkenalkan produk lain/baru kepada pelanggan anda itu. Jika sebelum ini, pelanggan A hanya membeli sabun cuci anda, kini anda berpeluang menambah senarai produk dalam menu belian pelanggan anda itu. Perkara yang sama perlu anda hebahkan dan ajarkan kepada downline anda supaya mereka juga mencontoh cara anda berniaga. Jika semua downline anda mempraktikkan khidmat servis anda itu, anda akan mendapati jualan bulanan kumpulan anda akan "boom" pada bulan itu dan bulan-bulan berikutnya. Ringkasnya, untuk menjadi usahawan berjaya dalam MLM sehingga mencapai taraf jutawan, anda perlu menjadi seperti ayah yang mempunyai sikap dan sifat yang baik dan mengajarkan serta menyerapkan sikap dan sifat itu kepada anak-anak anda. Jangan menjadi seperti ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus sedangkan ia sendiri masih berjalan bengkang-bengkok. Jika anda mahu downline anda melakukan 3 perkara tersebut, anda mesti melakukannya juga.


Jangan cakap tidak serupa bikin kerana kelak tembelang anda akan pecah juga. Jika ini terjadi, anda akan kehilangan kredibiliti. Downline tidak akan mempercayai anda dan tindakan anda sendiri.

Selain itu, anda mesti telah benar-benar memahami semua produk dalam senarai produk syarikat MLM anda - harganya, faedahnya, masalah-masalah yang pernah dihadapi oleh pelanggan anda dan cara mengatasinya, cara menggunakan produk supaya lebih berkesan. Tujuannya adalah supaya anda tidak tergagap-gagap semasa cuba menerangkan kelebihan produk anda dan semasa anda disoal tentang produk itu. Banyak kes yang menunjukkan pengedar tidak dapat menjawab soalan pelanggan berkaitan dengan produk itu kerana kekurangan maklumat. Terdapat kes pengedar tersilap memberikan maklumat tentang sesuatu produk. Jadi, anda mesti "mencintai" produk anda. Sekiranya anda telah benar-benar "mencintainya", mudahlah anda menyelami "isi hatinya". Mudah jugalah anda memperkenalkan produk itu kepada pelanggan anda tanpa sebarang kesilapan.

Anda perlu arif tentang pelan pemasaran syarikat. Dengan kefahaman yang menyeluruh, anda akan dapat membina wawasan untuk diri anda -berapa lama jangka masa yang anda perlukan untuk mencapai sesuatu hirarki, berapa banyak bonus bulanan yang ingin anda hajati, berapa banyak prospek yang perlu anda taja. Ramai yang berkecimpung dalam jualan langsung tidak memahami pelan pemasaran secara menyeluruh. Bagaimana mereka hendak membuat tajaan sedangkan untuk mengira bonus bulanan yang bakal diperoleh pun mereka tidak mampu? Inikan pula untuk menerangkan pelan pemasaran itu kepada prospek mereka. Pelan pemasaran ini umpama seorang gadis yang ingin anda perkenalkan kepada ibu bapa (pelanggan) anda. Jika anda tidak mengenali gadis (pelan pemasaran) itu secara menyeluruh - namanya, alamat kediamannya, ibu bapanya, dan sebagainya, jangan salahkan ibu bapa (pelanggan) anda jika mereka enggan menerimanya sebagai menantu (menjadi downline) anda. Ringkasnya, dengan pelan pemasaran, anda akan dapat menetapkan matlamat perniagaan anda.

Anda Belajar, Anda Sedar
Anda Faham, Tiada Waham
Anda Buat, Anda Kuat

Bersambung Bab 3

Enter supporting content here