Home | Maklumat & Berita Sureco | Kajian Mengkudu | Tips Berjaya | Prakata dari Barisan Pengarah | Produk & Khasiat | Senarai Harga Produk | Plan Pemasaran
tips bab 3
Produk Kesihatan Sureco

Enter subhead content here

  Sambungan bab 2

Bab 4 :      Kualiti Yang Perlu Ada Pada Anda

Dalam perniagaan yang prospek keuntungannya adalah besar seperti perniagaan jualan langsung, seseorang pengedar mesti memiliki beberapa kualiti sebagai seorang usahawan. Perniagaan MLM ialah perniagaan yang melibatkan orang ramai yang mempunyai pelbagai ragam, tingkat sosial, kerenah, dan ego yang tersendiri. Jika anda ingin berjaya, anda perlu menyukai orang ramai. Semua orang ingin dirinya dihargai. Dengan memandang orang ramai yang mungkin bakal pelanggan atau tajaan anda sebagai orang tidak penting (nobody), anda telah pun kehilangan. Ini bererti anda tidak perlu meneruskan perniagaan MLM ini kerana tidak ada hasilnya.

Anda wajib sekali menyetujui kata-kata orang ramai meskipun mereka hanyalah pekerja pemungut sampah. Customers always right! Jika pun anda perlu mempertikaikan pendapat atau kata-kata mereka, biarlah dengan jalan yang paling lembut, bukan dengan cara destruktif - mematikan terus pendapat itu. Anda boleh memilih kata-kata berdiplomasi seperti : "Betul kata Encik Zul, tetapi ", "Saya bersetuju dengan Encik Zul, tetapi ".Ini bermakna anda perlu mengeyakan pendapat bakal pelanggan atau tajaan anda sebelum anda membetulkan fakta yang salah.

Dengan ini, bakal pelanggan/tajaan anda akan berasa bahawa ia benar dalam perkara itu dan merasakan dirinya dihargai. Ingatlah semua orang ingin menjadi manusia. Tidak ada orang yang ingin melihat kemanusiaannya ditidakkan oleh orang lain. Orang ramai akan membeli produk anda atau bersetuju menjadi downline anda dengan melihat siapa anda.

Dalam MLM, ungkapan "Jangan menilai kandungan buku daripada kulitnya" adalah tidak benar. Orang ramai akan menilai kandungan buku daripada kulitnya. Bagaimana pelanggan hendak membeli produk minyak wangi anda sedangkan anda datang kepadanya dalam keadaan berbau peluh? Bagaimana pelanggan hendak membeli sabun cuci anda sedangkan semasa berhadapan dengan mereka baju anda comot/kotor? Anda hendak menjual shampu anti-kelemumur sedangkan pada bahu baju anda bertaburan sisa kelemumur. Mahukah pelanggan mempercayai produk edaran anda?

Dalam MLM, anda perlu "menjual" diri anda terlebih dahulu. Penampilan anda adalah "jualan pertama" anda sebelum anda menjual produk anda.Katakan anda pergi bertemu dengan bakal pelanggan anda dengan berbaju T, berseluar jeans, dan berselipar. Ada 2 gambaran yang akan terlintas pada fikiran mereka - "Mungkin dia ini penagih yang terdesak menjual barang untuk membeli dadah" atau "Bagaimana dia hendak menjual barang (katakan: sabun cuci) sedangkan dia sendiri tidak terurus" Jika ini penampilan pertama anda, anda TIDAK akan dapat menjual apa-apa!

Lihatlah karakter seorang penjual profesional. Ada antara mereka, berbaju kemeja lengan panjang (kadang-kadang memakai kot), bertali leher,berseluar slack, memakai stokin, berkasut, berambut pendek yang diminyak dan disikat rapi. Penampilan sebegini akan memberikan sentuhan pertama pada produk yang ingin anda tawarkan kepada pelanggan anda. Anda kena menyesuaikan cara anda berpakaian. Jika anda menawarkan produk atau peluang perniagaan ini kepada golongan profesional, anda berpakaianlah seperti yang dinyatakan itu. Jika anda ingin menemui golongan kelas rendah, tanggalkanlah tali leher anda. Jika tidak, mereka akan berasa rendah diri. Mereka akan beranggapan bahawa bidang ini hanya untuk orang kelas menengah sahaja.

Penampilan kedua yang perlu ada pada diri anda ialah wajah yang segar sentiasa. Jika anda misalnya, menjual produk vitamin atau makanan tambahan, tetapi wajah anda lesu, pelanggan tidak akan mempercayai anda. Demikian juga jika anda ingin membuat penajaan. Bagaimana prospek anda hendak percaya bahawa perniagaan ini adalah perniagaan sampingan yang dilakukan 1-2 jam sehari sedangkan anda dilihat oleh mereka sebagai orang yang penat bekerja seperti baru selesai bekerja dari pukul 8 pagi hingga 4.30 petang. Semuanya kerana wajah anda yang lesu tidak bermaya. Jadi, pastikan anda cukup tidur sebelum anda menemui pelanggan/prospek anda.

Berkunjung ke rumah pelanggan/prospek yang baru anda kenali memerlukan anda memperkenalkan diri setelah anda membuat temu janji dengan mereka. Sekarang ini, terlalu banyak "penyamun tarbus". Anda wajib mengembalikan ingatan pelanggan/prospek anda bahawa anda pernah membuat temu janji atau pernah berjumpa dengannnya sebelum ini. Jangan terus memperkenalkan produk anda. Praktikkan langkah pertama : Kenali mereka, tanyakan latar belakang, puji sekitaran rumah mereka, dan jadikan perkenalan yang mungkin berlangsung beberapa minit itu seperti anda telah kenal lama terhadap mereka. Tanya pendapat mereka sama ada mereka pernah mendengar nama syarikat MLM anda atau produk keluaran syarikat MLM anda. Jika mereka sudah mengenalinya, anda mulalah bertanyakan sama ada mereka pernah menggunakan salah satu produk syarikat MLM itu. Jika belum, ini peluang anda. Jika mereka pernah menggunakannya, perkenalkan produk lain.

Jika mereka mengatakan bahawa mereka menunggu pengedar lain daripada syarikat yang sama untuk memperkenalkan produk yang anda tawarkan itu, katakan bahawa anda hanya membantu pengedar itu memperkenalkan produk syarikat. Terpulanglah kepada mereka sama ada untuk membeli produk itu daripada pengedar tersebut atau daripada anda. Jika mereka bersetuju, inilah peluang anda untuk menunjukkan bahawa anda lebih baik daripada pengedar yang lain. Jangan sekali-kali berhujah bahawa pengedar yang lain itu tidak bertanggungjawab.

Katakanlah bahawa daripada sesiapa pun pelanggan itu hendak membeli produk itu tidak penting. Yang penting produk syarikat itu haruslah produk syarikat MLM anda. Inilah kaedah diplomasi yang akan memberikan keyakinan pelanggan bahawa anda berfikiran terbuka dan mulalah mereka tertarik pada anda. Tidak mustahil jika anda memberikan servis kepada mereka, mereka akan menjadi pelanggan tetap dan mungkin akan menjadi tajaan anda. Semasa anda, memperkenalkan produk anda atau menawarkan peluang perniagaan ini kepada prospek anda, ingatilah 5 HURUF - S.E.B.A.B.

Setiap kali, anda memperkenalkan produk, terangkan kelebihan produk dengan perkataan SEBAB. Begitu juga jika ingin mereka menjadi downline anda, terangkan dengan SEBAB mengapa mereka MESTI mendaftarkan diri dan menjalankan perniagaan ini. Banyak pengedar yang menawarkan produk dengan berkata : "Belilah satu. Barang ini bagus." Tanpa menerangkan SEBAB barang itu bagus. Tekan suara anda semasa menyebut perkataan SEBAB itu bagi menunjukkan bahawa anda serius dan seolah-olah sebagai suatu janji/jaminan yang pelanggan anda tidak akan rugi membelinya.

Begitu juga jika anda mahu menaja mereka. Berikan SEBAB mengapa mereka perlu berada dalam organisasi anda. Setelah anda selesai menerangkan perihal produk anda atau menerangkan kelebihan perniagaan MLM ini, sekali lagi anda perlu bermain dengan perkataan SEBAB ini sebagai penutup penyampaian anda. Misalnya: "Adakah apa-apa SEBAB puan tidak bersetuju dengan kelebihan produk ini?", "Adakah apa-apa SEBAB mengapa Encik tidak perlu memiliki salah satu daripada produk syarikat saya?", "Adakah apa-apa SEBAB puan rasa perniagaan ini tidak menguntungkan?", atau "Adakah apa-apa SEBAB mengapa Encik tidak dapat mendaftar sebagai ahli syarikat saya?" Jika penerangan anda sebelumnya telah lengkap dan jelas, maka TIDAK ADA APA-APA SEBAB yang menggagalkan anda daripada menjual walau satu pun produk kepadanya ataupun gagal menguja semangat mereka untuk menjadi downline anda.

Namun demikian, terdapat pelanggan/prospek yang menolak produk/peluang perniagaan yang anda tawarkan. Jika ini terjadi, anda jangan kecewa.Kajilah sebab penolakan mereka. Ada yang akan memberikan alasan belum ada duit, produk itu tidak sesuai dengan cita rasa mereka, alasan "Tunggu Dulu", berdiam diri dengan harapan anda cepat-cepat beredar, alasan produk anda tidak bermutu, dan sebagainya.

Hujah-hujah/langkah yang boleh anda gunakan untuk mengatasi penolakan pelanggan/prospek anda:

*          "Perniagaan ini modalnya hanya RM35 (nyatakan yuran menjadi ahli) sahaja berbanding dengan hasil yang akan Encik peroleh. Jika Encik mendaftar sekarang, Encik boleh mendapat duit bila-bila masa sahaja. Mungkin hari ini. Mungkin juga esok. Wang RM35 itu akan Encik dapatkan balik apabila Encik menjual beberapa jenis produk. Saya jamin, kalau Encik dapat memperkenalkan beberapa produk ini kepada pelanggan, wang RM35 yang Encik laburkan untuk perniagaan ini akan Encik dapat balik. Encik dapat balik wang Encik dan perniagaan ini sekaligus. Bolehkan? RM35 ini kalau dibelanjakan di kedai, dalam beberapa minit sahaja, akan bertukar tangan kepada peniaga. Tetapi kalau Encik laburkan dalam perniagaan ini, Encik akan bakal mendapat lebih daripada RM35, bukannya sebulan tetapi selama-lamanya. RM35 bukanlah jumlah yang besar.Kalau Encik terlibat dalam perniagaan yang saya perkenalkan ini, RM35 tidak mustahil akan menjadi RM350, RM3,500, RM35,000, RM350,000, atau jumlah wang yang tidak terhad."

*          "Sabun cuci ini memang terkenal di Malaysia. Sudah banyak orang memuji keberkesanannya. Sebab itulah sabun cuci ini menjadi TOP SALES syarikat kami. Miskin kaya menggunakannya. "

*          "Minyak wangi ini walaupun dibotolkan di Malaysia tetapi bahan-bahan untuk membuatnya diimport khusus dari Perancis setanding dengan minyak wangi berjenama mahal. Encik belum pernah mencubanya. Kalau Encik sudah mencubanya beberapa kali, Encik akan menyukainya. Dulu, nenek moyang kita berjalan kaki. Sekarang, kita pula memakai kereta. Maknanya, kita perlu mencuba memandu kereta dan jangan terus berjalan kaki. Lama-kelamaan kita akan seronok memandu kereta. Begitu juga dengan produk ini. Cita rasa manusia sentiasa berubah-ubah. Mungkin produk ini tidak menjadi cita rasa Encik kerana Encik belum mencubanya. Cubalah beberapa kali. Saya yakin Encik akan serasi menggunakannya."

*          "Jangan "Tunggu Dulu". Buat dulu, baru tunggu hasilnya. Kena buat sekarang sebelum orang lain rebut peluang. Ada banyak orang yang sedang menunggu pengedar seperti saya menaja mereka. Ada apa-apa SEBAB Encik perlu tunggu dulu?"

*          "Kalau Puan beli sekarang, Puan boleh menggunakannya sekarang juga."

*          "Kalau Encik beli sekarang, saya akan selalu memberikan khidmat selepas jualan kepada Encik."

*          "Ada apa-apa penerangan saya yang kurang jelas? (Ini bagi 'mendesak' pelanggan/prospek bersuara jika mereka membisu setelah anda selesai memberikan penerangan) Boleh saya tahu, mana keterangan saya yang masih meragukan Puan?"

*          "Bolehkah Encik beritahu saya, mana produk/bahagian yang masih tidak jelas kepada Encik?"

*          Ada pelanggan/prospek akan memberikan alasan produk kita mahal. Jawablah: "Memang harganya mahal, tapi kalau dibandingkan dengan barang yang sama di pasaraya, Encik akan mendapat lebih kepuasan/kelebihan daripada produk kami."

*          Jika alasan bahawa modal asas perniagaan ini adalah agak besar (katakanlah RM55.00 untuk menjadi ahli), katakan : "Kalau dibandingkan dengan berniaga di gerai yang modal asasnya paling kurang RM200, saya kira modal perniagaan ini jauh lebih murah. Encik hanya ambil barang dari stokis bila ada pesanan. Hantar kepada pelanggan, Encik dapat balik modal dan untung runcit."

*          Ada prospek yang berkata : "Dulu saya pernah masuk Syarikat X, tapi habuk pun tarak". Jawablah dengan tenang: "Puan, bukan semua syarikat MLM adalah sama. Ada syarikat yang menjanjikan bulan dan matahari yang sukar dicapai. Tetapi, syarikat MLM kami tidak berjanji jika tidak mampu berbuat demikian. Buktinya, banyak usahawan kami yang telah berjaya asalkan Puan berusaha." Atau "Tak semestinya selepas kita jatuh dari motorsikal, kita jalan kaki dan biarkan motorsikal itu di situ. Kegagalan hari lalu merupakan batu asas kejayaan masa depan."

*          Jika prospek tidak berminat menjual : "Baiklah, Encik tidak payah menjual. Encik jadi ahli, Encik beli dari stokis, Encik akan dapat diskaun/harga pengedar."

*          Jika prospek berkata : "Saya nak tengok awak berjaya dulu .." Jawablah dengan tenang : "Jangan tunggu saya berjaya dulu kerana kalau saya berjaya, saya sudah kaya. Apa kata kalau kita berjaya sama-sama, dan kaya sama-sama."

*          Jika ada yang berkata: "Jual sabun mana boleh kaya "Katakan: "Memang jual sabun tidak boleh kaya, tetapi syarikat kami bukan hanya menyediakan sabun, ada banyak produk lain. Lagi pun, syarikat kami menyediakan pelan pemasaran yang menjanjikan wang dan kekayaan. Orang Pakistan jual kain pun boleh kaya, bukan jual tunai, tetapi hutang. Pernahkah Encik baca berita akhbar, seorang warganegara Pakistan yang ditangkap pihak berkuasa di Sabah merayu supaya dibebaskan kerana beliau masih belum mengutip RM90,000 hutang daripada pelanggannya?"

*          Ada yang berkata : "Saya tak yakin masuk jualan langsung boleh berjaya". Jawab : "Banyak syarikat telekomunikasi yang jika berfikiran begitu, kita tidak akan dapat memakai telefon bimbit. Mereka buat walaupun mereka belum tahu orang Malaysia mampu beli atau tidak. Hasilnya, dimana-mana pun kita lihat orang bawa telefon bimbit. Begitu juga dengan jual barang secara langsung. Encik kata tak boleh berjaya, tetapi semakin ramai yang berjaya, semakin banyak yang jadi jutawan atau semi-jutawan."

*          Mereka berkata : "Bagaimana saya nak buat, saya tidak pandai bercakap?" Jawablah : "Pernahkah Encik mengajak rakan anda makan di mana-mana restoran?" Jika dijawab "Ya", katakan: "Berniaga jualan langsung ini sama juga dengan ajak orang lain makan di restoran. Ajak untuk menikmati kelazatan wang. Lagi pun, Encik bukan buat perniagaan ini seorang diri, bercakap seorang diri. Saya boleh bantu. Kalau Encik sudah mampu membuatnya sendiri, barulah Encik buat sendiri."

Perlu disedari bahawa terdapat bakal pelanggan/prospek yang telah membina tembok "Tidak Mahu". Jika anda bertemu dengan mereka ini, and jangan membuang masa. Bermohonlah dengan cara baik untuk pergi. Ucapkan terima kasih kerana mereka sudi melapangkan masa mendengar penerangan anda. Beredarlah dengan tekad bahawa anda akan menemui mereka sekali lagi dengan strategi yang lain pula. Kajilah sebab-sebab mereka begitu kuat mengatakan tidak mahu. Ingat, dalam banyak kes, bakal pelanggan yang kerap mengatakan "Tidak Mahu" itu merupakan aset bernilai kepada anda. Mereka "Tidak Mahu" kerana banyak sebab - mungkin mereka mahu menguji kesabaran dan ketahanan anda, mereka telah pun mendapatkan gambaran salah tentang imej jualan langsung, mereka belum mengenali anda sepenuhnya, dan lain-lain. Anda perlu mencuba sekali lagi pada masa akan datang dengan strategi yang lain pula. Jika anda berhasil merobohkan tembok "Tidak Mahu" itu dan menukarkannya menjadi "Mahu", maka mereka merupakan bakal tajaan yang akan komited dengan perniagaan ini. Jadi, jangan berputus asa dengan penolakan sebegini.

Enggan Bererti Makan Sepinggan
Mahu Bererti Makan Selalu

 

Bersambung Bab 3

 

BAB 4 (sambungan )

Bab 5 :      Mulakan Langkah MeN...

Ada usahawan yang berjaya memberikan jawapan secara berseloroh apabila saya tanya tentang apakah maksud MLM? Mereka mengatakan bahawa MLM ialah singkatan (akronim) "MULAKAN LANGKAH MEN-". Ada juga yang berkata, MLM ialah MEETING LARUT MALAM. Seloroh yang kedua akan memberikan imej tidak sihat pada industri jualan langsung seolah-olah memberikan gambaran bahawa apabila menjalankan perniagaan ini, kita perlu bekerja keras sampai larut malam.

Secara jujur, saya menyukai akronim ciptaan yang pertama itu kerana bunyinya lebih logik. Saya merumuskannya sebagai:

M pertama      =         Menetapkan matlamat diri dalam perniagaan MLM ini

M kedua         =         Memperkenalkan produk kepada orang terdekat/dikenali

M ketiga          =         Menaja pelanggan yang berpuas hati dengan produk itu

M keempat     =         Memberikan servis kepada pelanggan/downline

M kelima         =         Membantu/Memimpin downline

M keenam      =         Membuat mesyuarat kumpulan

M ketujuh        =         Meniru teknik, kaedah, dan strategi upline


Menetapkan matlamat diri dalam perniagaan MLM

Berniaga dalam MLM ini merupakan berniaga secara jangka panjang. Oleh itu, anda mesti mempunyai matlamat yang jelas, fleksibel, bertempoh,dan mudah dicapai. Tanyakan kepada diri anda, berapa lama anda mesti memperuntukkan masa untuk mencapai hirarki/pangkat tertentu. Jangka masa itu biar logik. Jangan terlalu singkat kerana jika tidak dapat dicapai, anda akan berasa kecewa. Jangan pula terlalu lama kerana anda akan menjadi tidak serius untuk melakukannya. Jangan membuat matlamat yang terlalu sukar dicapai.

Misalnya, anda mahu mencapai pangkat Triple Diamond dalam tempoh 5 tahun. Ukurlah kemampuan anda dengan matlamat yang anda set itu.Usahawan yang berjaya telah menghabiskan masa lebih daripada 5 tahun untuk menikmati hirarki yang tertinggi dalam syarikat MLMnya. Matlamat itu mestilah jelas dan dapat dicapai.

Jika anda menginginkan pendapatan melebihi RM15,000 sebulan, anda mesti menentukan dengan jelas berapa banyak jualan bulanan yang perlu  anda buat dan berapa ramai tajaan yang perlu anda miliki.

Misalnya, untuk mendapatkan bonus RM5,000 sebulan, anda perlu menjual paling kurang 5 produk yang harga keseluruhannya berjumlah RM150.00 setiap hari, menaja seorang prospek setiap hari dan prospek melakukan sebagaimana anda melakukannya. Hitungan anda itu mungkin dalam bentuk begini:

Jualan Peribadi = RM150.00 X 30 hari = RM4,500 X 25% Untung Runcit Anda = RM1,125.00 sebulan

Tajaan Anda = RM150.00 X 30 org = RM4,500 X 30 hari = RM135,000 sebulan

Jualan Kumpulan Anda = RM135,000 + RM4,500 = RM139,500

Katakan Bonus Anda 20%, Bonus Downline Anda 10% kerana anda merupakan ketua kumpulan mereka, kiraan bonus yang anda terima ialah: Override Anda terhadap downline anda ialah 10%. Ini bermakna daripada RM4,500 yang dibuat oleh downline anda, anda menerima: 1 downline = RM4,500 X10% = RM450 30 downline = RM450 X 30 orang = RM13,500 Bonus peribadi anda sendiri = RM4,500 X 20% = RM900 Jumlah keseluruhan

Pendapatan Anda = RM900 + RM13,500 + RM1,125 = RM15,525.00 sebulan. Ini belum termasuk bonus-bonus insentif yang saya percaya semua syarikat MLM menawarkan ganjaran seperti ini.

Seperti yang saya katakan tadi, ukurlah kemampuan anda dengan matlamat yang ingin anda capai. Menetapkan matlamat termasuk juga kegiatan merancang perniagaan setiap hari. Dalam hal ini, anda perlu mempunyai jadual kerja yang jelas dan mesti dilakukan.

Misalnya: Berapa jam masa yang anda ambil untuk menjalankan perniagaan ini setiap hari? Berapa orang prospek yang MESTI anda taja setiap hari? Berapa banyak produk yang perlu anda perkenalkan dan jual setiap hari? Aturkan jadual itu mengikut masa kelapangan anda dan MESTI anda lakukan sedaya upaya. Masa yang anda peruntukkan itu adalah masa yang produktif yang mesti anda isikan dengan bermanfaat.

Usah sia-siakan/abaikan prospek yang telah berjaya anda taja kerana masa yang anda peruntukkan itu begitu bernilai untuk anda membiarkan tajaan anda seperti perahu tidak berkemudi. Pastikan bahawa had/kouta jualan anda untuk setiap hari dapat anda capai.

Memperkenalkan dan Menjual Tiada perniagaan tanpa jualan.

Tiada jualan tanpa terlebih dahulu diperkenalkan. Memperkenalkan produk bukanlah sukar. Anggapkan sahaja bahawa anda mahu berkongsi kelebihan produk dengan pelanggan anda. Anda jangan memaksa pelanggan membelinya. Biarkan mereka membeli dengan hati terbuka kerana mereka yang membeli produk anda secara rela akan menjadi pelanggan tetap (regular customer) anda. Jual produk kepada diri anda dahulu sebelum dikongsikan dengan orang terdekat dengan anda.

Menaja

Selalulah anda menyemaikan dalam fikiran anda bahawa menaja bermakna anda memberikan peluang perniagaan kepada pelanggan/prospek anda. Jangan berfikiran bahawa anda mahu menaja mereka kerana anda ingin segera memperoleh pendapatan besar. Anda menaja mereka kerana anda mahu mereka berjaya dalam perniagaan ini. Jika mereka berjaya, anda juga akan berjaya. Untuk mereka berjaya, anda kena membantu mereka berjaya dengan memberikan tunjuk ajar. Ingatlah bahawa anda menaja mereka kerana anda mahu membebaskan mereka daripada masalah kewangan.

Menaja bukanlah aktiviti yang susah. Menaja sama seperti perbuatan seorang jejaka yang berminat dengan seorang dara lalu berusaha memikatnya. Jika berjaya, alangkah seronoknya. Jangan fikirkan bahawa menaja prospek ini sesuatu yang menakutkan. Menaja prospek ini adalah kegiatan yang sangat menyeronokkan. Seronok kerana anda akan dan telah menambah koleksi sahabat anda. Seronok kerana prospek/tajaan anda itu adalah harta/aset anda. Seronok kerana seperti wakil rakyat, anda telah mendapatkan seorang pengundi baru yang mengundi anda.

Memberikan Servis

Memberikan servis kepada pelanggan bermakna anda prihatin terhadap mereka, anda ingin memastikan pelanggan anda berpuas hati, dan anda ingin pelanggan anda membuat belian ulangan ataupun membuat belian produk lain. Memberikan servis kepada downline anda bererti anda ingin mengetahui apakah masalah yang dihadapi oleh mereka dalam perniagaan ini, siapakah bakal prospek yang bakal ditaja oleh mereka, sejauh manakah mereka telah memahami skop jualan langsung syarikat MLM anda, dan yang lebih penting untuk merapatkan hubungan antara anda sebagai pemimpin dengan mereka sebagai usahawan baru.


Membantu/Memimpin

Anda mungkin pernah mendengar kalimat ini : Semua orang adalah pemimpin. Anda adalah pemimpin diri anda sendiri. Jika anda berkumpulan, anda menjadi kumpulan anda. Dalam agama Islam, Rasulullah bersabda: Apabila terdapat dua orang dalam perjalanan, maka wajiblah mereka melantik seorang sebagai ketua. Mahu atau tidak, anda mesti memimpin. Pimpin downline anda dengan mencontoh stail kepimpinan tokoh-tokoh jualan langsung yang telah berjaya atau mengikut gaya kepimpinan upline anda. Bukan semua orang dilahirkan sebagai pemimpin tetapi ilmu kepemimpinan boleh dipelajari. Usah fikirkan bahawa anda tidak ada bakat memimpin, maka anda tidak dapat memimpin. Anda perlu belajar memimpin. Pernahkah anda memimpin orang tua melintasi jalan raya, atau menasihati seseorang supaya jangan bertindak melulu, atau menasihati anak-anak anda supaya belajar rajin-rajin agar berjaya, atau menasihati rakan anda supaya berhati-hati semasa memandu?

Jika ya, bermakna anda sebenarnya boleh memimpin orang lain. Memimpin downline dalam MLM sama dengan memimpin orang lain dalam tindakan sehari-harian. Bak kata usahawan MLM yang pernah saya temui : Memimpin adalah semudah ABC.


Mengadakan Mesyuarat

Mesyuarat khususnya dalam kumpulan anda harus anda lakukan seminggu sekali. Mesyuarat penting sebagai sesi mengumpul maklum balas antara anda dengan downline anda dan seterusnya mengatur strategi bagi memperluas pasaran perniagaan anda. Mesyuarat tidak harus disempitkan maksudnya dengan melihat mesyuarat hanya boleh diadakan di dalam bilik/pejabat khas. Anda berkumpul dengan seorang dua downline anda sambil menikmati kopi atau nasi di restoran sambil membincangkan masalah dan strategi perniagaan anda, itu juga dinamakan sebagai mesyuarat - mesyuarat tidak formal.

Sama ada mesyuarat itu formal atau informal, bercatat atau tidak bercatat, tidak ada bezanya asalkan disusuli dengan tindakan penyudah yang tepat. Mesyuarat formal di kalangan ahli kumpulan sebaik-baiknya membincangkan kaedah dan strategi menjana pasaran. Perlu anda sedari bahawa maklumat strategi kumpulan anda adalah senjata ampuh yang eksklusif yang tidak perlu anda hebahkan kepada orang lain kecuali kepada ahli kumpulan anda.

Ingatlah bahawa perniagaan adalah suatu peperangan. Untuk berjaya dalam peperangan, anda mesti memiliki senjata ampuh dan strategi berkesan yang tidak harus jatuh ke tangan pihak lain. Mesyuarat yang bagus bukanlah mesyuarat yang berisikan ceramah motivasi bam-bam-bum-bum. Motivasi sebegini tidak akan mendatangkan kesan besar kepada downline anda.

Motivasi yang baik adalah menunjukkan cara berkesan untuk berjaya dalam perniagaan ini. Jika pun anda ingin memberikan ceramah yang berapi-api, biarlah isi ceramah relevan dengan tajuk/topik yang menjadi agenda mesyuarat - agenda perniagaan jualan langsung. Jangan  meleret-leret sehingga akan memuakkan downline anda. Jangan anda sangka, pendengar tergelak kerana mereka suka akan ceramah anda.Mereka ketawa kerana anda mungkin mencuit hati mereka tetapi kandungan ceramah tidak sampai kepada sasaran. Jangan menyangka pendengar serius dan ternganga mendengar ceramah bam-bum-bam-bum anda kerana belum tentu setiap ceramah anda telah dapat difahami oleh pendengar/downline anda. Sebaik-baiknya sampaikan ceramah anda secara perlahan, jelas, satu persatu supaya semua maklumat yang ingin anda sampaikan dapat sampai pada sasarannya.

Meniru/Mencontoh Upline

Perniagaan MLM ini menghalalkan perbuatan tiru-meniru (mencontoh) sikap dan sifat pemimpin. Permulaan yang baik kepada usahawan adalah meniru upline. Contohilah bagaimana upline anda telah berjaya menjadi pemimpin dan memperoleh pendapatan yang agak baik.

Anda berhak meniru sikap dan sifat sesiapa juga yang telah berjaya dalam perniagaan ini. Anda boleh meniru jadual bekerja orang lain yang telah berjaya. Anda juga boleh meniru bagaimana usahawan cemerlang berjaya menaja begitu banyak downline yang berkualiti. Anda boleh meniru apa-apa sahaja yang memberikan manfaat kepada anda mengikut jalan yang baik.

Lakukanlah MLM (Mulakan Langkah MeN..) dengan 7M ini secara berperingkat-peringkat dan jangan terburu-buru. Lakukan secara konsistens.

Meniru Dalam Ujian, Anda Kandas
Meniru Dalam MLM, Anda Mualim

Bersambung

Enter supporting content here