Home | Maklumat & Berita Sureco | Kajian Mengkudu | Tips Berjaya | Prakata dari Barisan Pengarah | Produk & Khasiat | Senarai Harga Produk | Plan Pemasaran
Tips berjaya
Produk Kesihatan Sureco

Enter subhead content here

 

Bab 5 (sambungan )

Bab 6 :      Tips Untuk Berjaya - Teknik Menjual

Senaraikan nama-nama orang yang anda kenali berserta nombor telefon, dan alamat kediaman mereka. Hubungilah mereka dengan alasan untuk menziarahi mereka. Semasa berada di dalam rumah pelanggan anda, berbasa-basilah terlebih dahulu. Jangan terus kepada matlamat anda untuk menjual barangan. Perkenalkanlah produk anda setelah anda yakin bahawa pelanggan anda telah cukup selesa dengan kedatangan anda dan bersedia untuk mendengar penerangan anda.

Jualan yang baik dan menguntungkan adalah dengan menjemput mereka ke rumah anda. Anda mungkin boleh mengadakan jamuan/kenduri doa selamat. Setelah selesai acara jamuan dan setelah berbasa-basi, maka mulakanlah tujuan sebenar anda mengundang mereka. Dalam home party seperti ini, orang yang paling kedekut mengeluarkan wang untuk membeli barang pun akan mengeluarkan wang kerana berasa malu di hadapan  khalayak ramai. Sentiasa bersedia dengan pen dan buku pesanan jualan setelah selesai memberikan penerangan produk.

Tanyakan soalan ini: "Berapa banyak Encik Saidon hendak?" sambil bersedia untuk mencatatkan pesanan mereka.

Jika produk yang ingin anda jual itu memerlukan demonstrasi, lakukan demonstrasi dengan tenang. Kebanyakan demonstrasi yang menunjukkan kelebihan dan keberkesanan barangan akan lebih mudah memberikan kepercayaan pelanggan terhadap barangan itu.

Jual diri anda terlebih dahulu sebelum anda menjual produk anda. Misalnya, jika anda menjual makanan tambahan seperti vitamin, tunjukkan bahawa anda memang sihat 100% dan tidak berpenyakit. Cipta suasana yang pelanggan memang sangat memerlukan produk anda itu. Misalnya, jika dinding rumah pelanggan anda comot oleh contengan anak-anaknya, perkenalkan produk anda yang dapat menghilangkan kesan contengan itu dengan serta-merta.

Tukar persepsi pelanggan anda agar membeli daripada anda bagi produk yang sama yang ada di pasaraya. Misalnya, jika anda menjual produk syampu, tunjukkan bahawa syampu anda adalah lebih baik daripada syampu yang berlegar di pasaran terbuka.

Buat persediaan mengenai produk yang akan anda jual bagi mengelakkan anda tergagap semasa membuat penyampaian penerangan produk.Selalulah membawa sampel produk. Jangan menjual dengan katalog sahaja. Kewangian bedak jualan anda tidak akan dapat dihidu melalui katalog.

Sentiasa yakin bahawa produk anda yang berharga hanya beberapa ringgit itu akan terjual kerana kereta yang berharga ribuan ringgit itu pun masih ada yang mahu membelinya.

Sentiasa bawa maklumat sokongan seperti testimonial/surat akuan pelanggan yang berpuas hati terhadap produk anda. Untuk mencari pelanggan, anda boleh membuat iklan dalam bentuk flyer (bukan surat layang) atau poster. Flyer atau poster bersaiz A4 itu boleh anda masukkan ke dalam peti surat rumah di kawasan kediaman anda, diselitkan pada wiper kereta di ruang letak kereta, atau anda memberikan komisyen kepada penjual surat khabar agar mereka menyisipkan flyer atau poster anda ke dalam surat khabar untuk edaran hari itu. Jika mereka menghubungi anda, yakinlah bahawa mereka merupakan pelanggan yang memang berminat dengan produk anda.

Buat iklan dalam surat khabar tanpa memaparkan nama barangan atau nama syarikat MLM anda tetapi memaparkan produk yang menjadi keperluan pelanggan. Misalnya: INGIN MENJADI SIHAT SENTIASA? Sila hubungi : Ahmad Idham, 010-8130519 Atau datang sendiri ke alamat :  Blok 5, Lot 456, Jalan Merpati 3, Taman Merpati, Sandakan, Sabah.

Ada usahawan yang saya lihat menyertai ekspo perdagangan untuk menjual produk jualan langsung. Ada yang menyewa tapak jualan di pasar  minggu untuk tujuan yang sama. Walaupun kaedahnya berbeza, tetapi matlamatnya sama dan sasaran jualan adalah besar.

Buat jualan besar-besaran (big sales) pada musim tertentu. Misalnya, jika anda menjual produk jus, buat jualan besar-besaran ketika musim perayaan. Buat penerangan/demo pada 4-5 barangan sahaja yang anda pilih sendiri (pilih kategori produk yang best-seller) supaya pelanggan anda tidak terkeliru dan bingung jika anda menerangkan semua jenis produk.

Buat jualan susulan bagi produk yang lain. Semasa menjual, cuba tarik perhatian mereka untuk membeli, bukan memaksa mereka membeli.Membeli kerana tertarik oleh kelebihan barangan akan menghasilkan pembelian ulangan dan susulan.

Buatlah demo mudah, meskipun hanya dengan meminta mereka menyapukan losyen pada tangan.


Teknik Menaja

Ketika menjual, anda boleh juga menaja. Kebanyakan pengedar memperkenalkan produk, pelan pemasaran, dan kelebihan berniaga secara jualan langsung. Jadi, anda melakukan 2 kerja pada sesuatu masa.Lazimnya, terdapat 2 kategori pendengar, iaitu mereka yang tidak berminat berniaga dan mereka yang berminat berniaga.Bagi kategori pertama, anda hanya boleh menjual produk anda, sementara bagi kategori kedua, anda menaja mereka. Setiap pesanan produk, jangan masukkan ke dalam senarai pesanan untuk anda, tetapi anda berikan kepada pendengar yang serta-merta mahu menjadi downline anda. Ini adalah untuk memberi mereka semangat, iaitu sebaik-baik sahaja mereka mendaftarkan diri sebagai ahli/pengedar, mereka telah pun mempunyai pelanggan  serta-merta.

Anda mesti mahir dan berpengetahuan luas tentang pelan pemasaran syarikat MLM anda. Kalau mereka/prospek ingin tahu akan berapa banyak wang yang bakal diperoleh, anda mesti menerangkannya dengan pengiraan berpandukan pelan pemasaran. Mulakan dengan pengiraan amaun yang kecil dahulu, perlahan-lahan anda menerangkan jumlah wang yang bakal diperoleh mereka apabila mereka mencapai pangkat-pangkat tertentu.Semasa menerangkan pengiraan bonus, mulakan dengan langkah memberikan contoh jualan yang mudah dicapai. Jangan berkata : "Kalau anda dapat menjual RM500 sehari " kerana walaupun ada orang yang dapat menjual lebih daripada RM500 sehari, tetapi masih banyak (terutamanya yang belum biasa berniaga) yang tidak dapat menjual produk dalam kuantiti itu. Mulakanlah dengan amaun jualan kecil : "Katakan anda dapat menjual RM50.00 sehari " kerana jualan dengan amaun kecil mungkin hanya melibatkan 2-3 produk sahaja.Tujuannya adalah supaya bakal pengedar tidak merasakan bahawa jualan langsung ini kerjanya adalah sukar.

Sama seperti menjual, semasa anda berada di rumah atau bertemu dengan prospek, jangan terus bercerita tentang perniagaan ini. Anda bertanyalah tentang keluarganya. Anda ceritakan juga tentang keluarga anda. Misalnya: "Masih ada 4 orang anak saya yang bersekolah. 2 di sekolah rendah, 2 lagi di sekolah menengah. Tambang bas sekolah untuk mereka sahaja RM60.00 sebulan. Buku kerja perlu dibeli. Ada sahaja buku yang mahu dibeli.Rumah saya belum habus bayar. Satu bulan RM450. Kereta RM500 sebulan. Habis gaji saya sebulan untuk perbelanjaan. Untuk disimpan pun tidak cukup. Nasib baiklah saya ada buat perniagaan sampingan. Dapat juga saya menyimpan ". Mereka akan tertarik kerana anda membuat perniagaan sampingan untuk membolehkan anda menabung. Tentu mereka akan bertanya tentang apakah jenis perniagaan yang anda jalankan. Nah, mulakanlah niat anda untuk menaja mereka dengan memberitahukan jenis perniagaan, jumlah bonus yang telah anda terima selama ini (paling baik anda memfotostat semua baucer/cek bonus yang anda terima untuk ditunjukkan kepada mereka), latar belakang syarikat, senarai pengedar yang telah berjaya, pelan pemasaran syarikat, dan jenis barangan yang tersenarai dalam menu produk syarikat. Setelah anda selesai memberikan penerangan dan mereka berminat untuk menjadi downline anda, anda jangan terburu-buru meminta mereka mengisi borang keahlian. Anda MESTI MEMASTIKAN SAMA ADA MEREKA SERIUS BERNIAGA ATAU TIDAK.

Kemukakan beberapa soalan yang akan memberi anda kepastian sama ada mereka akan menjadi rakan kongsi perniagaan anda yang berbakat dan berdaya maju atau sebaliknya.

 (a)       Sanggupkah awak menunggu sehingga 3 bulan sambil berusaha, barulah anda melihat hasil perniagaan anda seperti bonus RM1,000 sebulan?

(b)       Mampukah awak mendapatkan paling kurang 5 orang rakan/saudara-mara anda yang benar-benar berminat berniaga?

(c)       Adakah awak rela mengorbankan RM200.00 sebagai modal asas perniagaan ini termasuk membayar yuran keahlian?

(d)       Sanggupkah awak mengorbankan masa selesa awak selama 2-3 jam sehari untuk perniagaan ini?

(e)       Sanggupkah awak menerima tunjuk ajar biarpun daripada rakan kongsi kami yang paling muda?

Jika mereka memberikan jawapan positif terhadap semua soalan itu, yakinlah bahawa mereka akan menjadi downline anda yang bakal menyerlah.

Anda boleh menaja di mana-mana sahaja. Di kedai kopi/restoran, di pusat membeli-belah, di jalan, di kaki lima, atau di mana-mana sahaja. Tetapi, anda hanya boleh menerangkan perihal perniagaan ini secara ringkas sahaja dan berakhir dengan anda meminta alamat rumah dan nombor telefon mereka. Jangan memberikan penerangan panjang lebar di tempat-tempat begini kerana banyak gangguan yang boleh menyebabkan prospek anda tidak tenang dan akan memberikan jawapan berupa penolakan.

Seperti menjual, anda juga mesti bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum anda pergi ke rumah prospek anda. Anda harus telah bersedia dan menjangkakan soalan-soalan yang bakal dikemukakan oleh mereka. Jawapan-jawapan pada soalan yang anda jangkakan itu haruslah positif yang menjurus pada akhirnya mereka berminat pada perniagaan ini. Bawalah sampel produk, testimonial tertentu, dan starter kit kosong. Anda boleh pergi berseorangan tetapi jika berpasangan adalah lebih baik. Bawalah isteri/suami anda, jika ada. Tujuannya adalah supaya terdapat 2 pengaruhan, iaitu anda mempengaruhi prospek sementara pasangan anda mempengaruhi pasangan prospek. Dengan ini, anda akan mendapat downline pasangan ideal yang bersama-sama berminat dalam perniagaan ini. Ramai pengedar yang berjaya dalam perniagaan ini merupakan pasangan yang saling membantu.

Terdapat syarikat yang menyediakan rakaman video berhubung dengan kenyataan/testimonial usahawan yang berjaya. Jika syarikat anda juga menyediakan khidmat yang sama, bawa bersama alatan ini kerana sangat berguna untuk menarik minat prospek menyertai anda. Alatan audio visual adalah lebih mudah menyedarkan prospek. Mereka akan lebih yakin terhadap latar belakang syarikat dan apa yang dapat disediakan oleh perniagaan ini kepada mereka.

Semasa menyampaikan penerangan, anda mesti MENEKANKAN FAEDAH, FAEDAH, FAEDAH membeli produk dan menyertai MLM. Padamasa ini, anda MESTI MENDAPATKAN JAWAPAN "YA" daripada prospek/prospek-prospek (jika menaja secara berkumpulan) anda dengan mengemukakan soalan-soalan yang akan memberikan jawapan "Ya". Misalnya: Mahukah anda mendapatkan pendapatan seperti anda bekerja 8 jam sehari sedangkan anda hanya bekerja selama 2 jam sahaja? Mahukah anda sendiri yang menentukan jumlah pendapatan yang akan anda peroleh? Mahukah anda bebas daripada masalah kewangan selama-lamanya? Mahukah anda mendapatkan keuntungan segera tanpa perlu menunggu cukup bulan? Mahukah anda mempunyai wang yang lebih supaya anda dapat melancong, membeli barangan idaman anda selama ini? Mahukah anda menukarkan masa lapang anda dengan wang?

Jawapan "Ya" berkali-kali tetapi logik akan mempengaruhi prospek anda berminat untuk berniaga.Anda boleh juga mengemukakan kenyataan yang akan membuatkan prospek berfikir mendalam dan akhirnya akan bersetuju untuk menyertai anda dalam perniagaan ini. Misalnya: Harga barang semakin meningkat. Perbelanjaan sekolah anak-anak bertambah setiap hari. Bil-bil air, elektrik perlu dibayar setiap bulan. Tetapi, gaji tak naik-naik juga. Cukup bulan, habis gaji. Simpanan tiada. Macam mana kita dapat hidup begini selama-lamanya?Apa akan jadi kepada kita jika suatu hari nanti kita tidak mampu bekerja? Tidak ada insurans. Tidak ada pendapatan sampingan. Apa akan jadi pada anak-anak kita? Sekolah mesti diteruskan tetapi di mana kita nak cari wang? Sekarang ini, kerajaan melaung-laungkan teknologi maklumat.Kita hanya mampu mendengar saja. Hendak beli komputer pun kita tak mampu. Nak beli komputer cara ansuran, kita akan tambah hutang pula.

Hai, kalau begini buta ITlah anak-anak kita. Orang asing yang baru datang ke negara kita semalam telah kaya-raya. Mereka datang bukan saja bekerja buruh kontrak. Ada antara mereka berniaga. Orang India dan Pakistan jual kain. Kelmarin, mereka jalan kaki. Esok mereka tunggang motorsikal. Lusa, mereka pakai kereta. Tapi kita? Kita hanya mampu berangan-angan untuk kaya. Ambil nombor dengan harapan mengena. Orang asing ligat berniaga. Mereka kaya. Kita masih bergelut dengan masalah kewangan. Nampaknya, kita akan merempatlah di bumi sendiri.

Kenyataan-kenyataan ini akan menyebabkan prospek anda berfikir untuk mengubah masa depan mereka.


Bersambung

Bab 6 ( sambungan )
 
 

Teknik Mengurus dan Memimpin


Jika anda mempunyai lebih daripada sebuah kumpulan, galakkan ketua kumpulan anda itu mengadakan mesyuarat mingguan mereka masing-masing. Anda harus hadir sebagai penceramah dan pembimbing yang akan menunjukkan cara berkesan melakukan perniagaan ini. Jika anda mempunyai downline baru, anda harus ikut downline anda dalam aktiviti menjual dan menaja sehingga mereka mampu berdikari.

Pada setiap bulan, anda harus mengumpulkan semua downline anda dalam mesyuarat bulanan. Agenda mesyuarat harus berkisar pada strategi menawan pasaran. Anda juga boleh menjemput penceramah jemputan daripada upline anda yang telah berjaya untuk menaikkan semangat downline anda. Apabila anda telah mempunyai kumpulan yang besar, kekerapan menjual anda perlu anda turunkan dan gantikannya dengan kekerapan memimpin dan mengurus. Mengurus kumpulan sama dengan mengurus anak-anak. Mereka tidak boleh dimarahi, dipaksa melakukan, dihina, dan sebagainya. Mereka harus dibelai. Pujian perlu dibuat apabila mereka berjaya melakukan jualan atau penajaan. Anda mesti mendengar pendapat mereka biarpun mungkin anda tidak bersetuju.

Ringkasnya, hati mereka jangan dilukai sedikit pun. Kalau terluka, mereka akan mengambil tindakan sama ada enggan melakukannya lagi atau bertukar kepada syarikat MLM lain/upline lain dengan mematikan keahlian mereka di bawah organisasi mereka.

Sebagai ketua organisasi, anda harus mengenali downline anda paling kurang sampai ke generasi ke-4. Mintalah bantuan downline anda yang menjadi ketua kumpulan anda untuk memperkenalkan downline mereka kepada anda. Tujuannya adalah supaya ikatan anda dengan mereka walaupun hanya bertaraf "cicit" anda tidak terputus. Ikatan yang kuat akan memperkuat organisasi anda. Sebagai ketua kumpulan, anda MESTI POSITIF walaupun downline anda telah mulai negatif. Jika mereka melihat anda masih tetap bersemangat, mereka akan bersemangat kembali.


Hari Ini, Menganyam Impian

Esok, Melakar Rancangan

Lusa, Mulakan Perjalanan

Kelak, Sampai Ke Tujuan

 

Bab 7 :      Rahsia Kejayaan Usahawan MLM

Anda perlu sedar bahawa berniaga dalam perniagaan jualan langsung ini hampir sama dengan gambaran piramid terbalik dan menegak.Piramid menegak mewakili kerja anda sementara piramid terbalik  mewakili hasil usaha anda. Apabila anda bermula (lihat dasar/tapak piramid menegak), banyak masa yang terpaksa anda korbankan, tetapi hasilnya amat sedikit. Lama-kelamaan, dengan kesabaran, anda naik sedikit demi sedikit. Apabila anda berada di atas/puncak, semakin sedikit kerja anda, tetapi hasul usaha anda adalah besar.

Oleh itu, anda jangan terlalu excited untuk berjaya dengan cepat. Jika anda terlalu excited, akhirnya anda akan kecewa dan terus enggan  melakukan perniagaan ini. Anda perlu bersabar. Berusahalah perlahan-lahan. Tawakkal. Lambat-laun anda akan sampai ke puncak juga.

Berikut adalah beberapa rahsia kejayaan usahawan-usahawan MLM yang saya kutip.

a.        Bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Dari celah-celah lumpur itu mungkin ada permata berharga.

b.        Bekerjasama sesama ahli kumpulan. Lakukan perniagaan ini bersama dengan pasangan anda. Kerja berdua akan lebih mendatangkan hasil mutlak. Berilah tunjuk ajar anda dengan ikhlas. Jangan tanya diri anda berapakah hasil yang akan saya dapati dengan menolongnya. Tanyalah, berapakah hasil yang akan downline saya peroleh kalau saya membantunya. Downline anda berjaya, anda juga akan berjaya.

c.         Sediakan strategi anda yang berbentuk sistem yang akan menjadi panduan dan amalan kumpulan anda.

d.        Buat perancangan anda dan mestilah anda komited dengan perancangan anda itu.

e.        Jangan abaikan downline anda. Setiap permohonan bantuan daripada mereka walaupun generasi di bawah perlu anda penuhi.

f.         Anggap perniagaan ini sebagai peperangan. Anda tidak boleh tewas/gagal. Jika tewas/gagal, berakhirlah riwayat hidup anda. Dengan ini anda akan bermati-matian mempertahankan perniagaan ini.

g.        Luangkan sedikit masa anda untuk memikirkan idea kreatif yang dapat menjayakan perniagaan anda.

h.        Sentiasalah anda merendah diri walaupun anda telah berjaya. Sikap ini akan menyebabkan sesiapa pun tidak berasa rendah diri apabila bergaul dengan anda.

i.          Sentiasalah anda memberikan keyakinan kepada downline anda bahawa mereka pasti, lambat atau cepat, mengecapi kejayaan.

j.          Sentiasa berkata kepada diri sendiri : Aku berniaga kerana mengejar kepuasan, bukannya wang. Jika anda puas, wang akan datang bergolek.

k.         Mesti sanggup menentang arus. Orang tak buat cara ini, anda buat. Jika orang lain tidak buat, anda buat, anda akan berjaya.

l.          Mesti sanggup belajar dan diajar oleh sesiapa sahaja meskipun daripada downline sendiri. Walaupun anda sudah berjaya, anggapkan sahaja anda belum berjaya. Dengan ini, anda akan sentiasa berusaha.

m.       Sentiasa turun ke bawah. Jangan hanya melihat dari atas walaupun anda telah berjaya.

n.        Beri motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiah kepada diri anda apabila anda berjaya melakukan sesuatu. Hadiah itu mungkin berupa tidur seketika untuk merehatkan otak anda.

o.        Sekali anda melakukan perniagaan ini, anda mesti melakukannya setiap hari. Jangan dibiarkan ada hari anda tidak melakukannya kerana dikhuatiri semangat anda akan luntur.

p.        Jangan berprasangka buruk kepada orang lain. Yang zahir tidak semestinya mencerminkan yang batin.

q.        Cakap mesti serupa bikin. Jangan menyuruh downline melakukan sesuatu tetapi anda buatlah dahulu sebelum downline anda mencontohinya.

r.         Sentiasa setia pada syarikat. Sifat kanggaroo tidak ada dalam resipi kejayaan usahawan MLM.

s.         Sentiasa riang kerana keriangan akan meredakan ketegangan.

t.         Anggapkan bahawa melakukan perniagaan sebagai ibadah.

u.        Jangan anggap perniagaan jualan langsung ini sebagai cuba-cuba atau main-main sahaja. Anggapkan perniagaan ini sebagai penentu hidup dan mati anda.

v.         Berikan kail kepada yang memerlukannya, jangan berikan ikan. Biasanya, apabila anda sudah berjaya, banyaklah orang yang mendekati anda semata-mata kerana wang. Jangan berikan wang kepada mereka, berilah starter-kit.

w.        Jangan berasa rendah diri walaupun anda berhadapan dengan taikun perniagaan. Jika pun mereka tidak berhasrat menjadi downline anda,  mereka mungkin menjadi pelanggan tetap anda yang berpotensi.

x.         Sentiasa mencari ilmu/pengetahuan baru terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan jualan langsung sama ada daripada pergaulan, bahan bacaan, atau daripada teknologi maklumat.

 

Apabila Sudah Di Puncak,  Jangan Lupa Rumput Di Bumi


Bab 8 :      Penutup


Saya mengakhiri rencana ini dengan beberapa cerita yang sangat besar pengajaran moralnya.


Cerita 1

Kononnya, terdapat sebuah negeri yang rajanya tidak mempunyai seorang putera, tetapi hanya mempunyai seorang puteri. Raja itu menjadi sugul sentiasa kerana baginda tidak mempunyai pengganti. Akhirnya, baginda meminta pendapat bendahara baginda. Sang bendahara mencadangkan agar salah seorang daripada hamba rakyat dipilih sebagai menantu baginda. Raja bersetuju tetapi siapakah yang harus dipilih.

Ada yang mencadangkan supaya seorang pemuda gagah dipilih tetapi dibantah oleh pembesar yang lain dengan alasan, sebelum raja mangkat, raja akan digulingkan oleh pemuda gagah yang menjadi menantu raja itu. Berbagai-bagai cadangan dikemukakan tetapi semuanya tidak dapat digunakan.

Akhirnya puteri raja bersuara: "Ayahanda, anakanda mencadangkan agar sesiapa juga yang berjaya menyeberangi sungai yang menjadi sempadan di antara istana kita dengan kampung hamba rakyat, maka orang itulah yang sanggup anakanda kahwini." Raja dan para pembesar bersetuju kerana mereka yakin bahawa hanya pemuda yang terbaik sahaja yang akan berjaya menyeberangi sungai yang telah banyak meragut nyawa penduduk negeri itu. Di lubuk sungai itu, tinggal sekeluarga buaya yang sudah sekian lama mengganas membaham penduduk yang leka di tepi sungai. Diumumkanlah hasrat puteri raja itu.

Tibalah hari diadakan sayembara itu. Salah seorang pemuda yang kelihatan sasa terjun ke dalam sungai itu. Belum pun sampai di pertengahan sungai, pemuda itu berenang patah balik kerana dilihatnya beberapa ekor buaya tiba-tiba muncul di permukaan air.

Lebih kurang 99 orang pemuda yang berusaha untuk berenang ke seberang sungai telah berpatah balik ke tebing sungai permulaan sayembara.Setelah itu, agak lama, tidak ada sesiapa pun yang terjun ke dalam sungai. Beberapa ketika kemudian, kedengaran deburan air. Seorang pemuda kurus berenang tergesa-gesa pontang-panting menuju ke daratan di seberang sungai. Dia berjaya sampai ke tebing. Semua orang bertepuk tangan sebaik-baik sahaja pemuda kurus itu sampai ke tebing.

Sebaik-baik sahaja naik ke atas, pemuda itu berkata: "Ampunkan patik tuanku. Bukan patik mahu terjun ke dalam sungai itu, tetapi patik ditolak orang. Sebaik-baik sahaja berada di air, patik melihat bayangan buaya di dalam air. Sebab itulah patik bermati-matian berenang ke tebing untuk menyelamatkan nyawa patik." Raja ketawa dan berkata: "Tidak mengapa orang muda. Apa pun alasan awak, awaklah yang berhak mengahwini puteri beta dan bakal menjadi pengganti beta."

Moral ceritanya ialah orang yang tidak berhasrat untuk menjadi berjaya dalam perniagaan MLM ini pun masih boleh berjaya. Inikan pula anda yang sudah pun menetapkan matlamat untuk berjaya dalam perniagaan ini.


Cerita 2


Pada suatu masa dahulu, ada seorang pemuda yang mahu mendalami ilmu persilatannya. Ia mendengar bahawa di sebuah gua, terdapat seorang pertapa yang telah terkenal kerana bukan sahaja mempunyai ilmu persilatan yang tinggi bahkan kaya dengan ilmu kebatinannya. Pergilah pemuda itu mencari pertapa itu. Akhirnya dia berjaya. Pertapa itu memberikan syarat kepada pemuda itu. Jika pemuda itu berhasrat untuk menjadi muridnya, pemuda itu mesti pergi ke suatu tempat dan membawa balik sebutir batu yang sejuk kepadanya. Pemuda itu sanggup. Setelah diberitahukan di mana tempat itu, pergilah pemuda itu ke situ.


Setibanya di situ, pemuda itu mendapati memang banyak batu di situ tetapi dia tidak tahu batu mana yang dimaksudkan oleh pertapa itu. Dia mengambil sebiji batu dan dilepaskannya. Ternyata batu yang baru diambilnya itu panas membara. Dia mengalas tapak tangannya dengan kain pengikat kepalanya untuk mengurangkan bahang kepanasan. Satu persatu batu itu dipegangnya dan dibuangnya kerana dirasakannya panas.


Akhirnya, tidak ada sebutir batu pun di situ. Dia terfikir, mungkin pertapa itu menipunya kerana tidak ada pun batu yang sejuk di situ. Pada fikirannya, pertapa itu hanya memberikan alasan untuk tidak mahu menerimanya.


Moral ceritanya ialah kita jangan takut menghadapi cabaran kerana antara banyak cabaran itu tentu ada hikmah di sebaliknya. Jika pemuda itu tidak mengalas telapak tangannya dengan kain, sudah tentu dia akan merasa akan ada sebutir batu yang bentul-betul sejuk. Bagaimana pemuda itu hendak membezakan batu yang sejuk daripada batu yang panas kalau tangannya beralas? Bagaimana anda akan mencapai kejayaan kalau anda takut akan cabaran.



Cerita 3


Dua orang pelari hendak berlumba lari di trek. Mereka dibekalkan dengan beberapa pasang kasut trek pelbagai jenis. Pemuda pertama tanpa  berfikir panjang lagi terus menyarung salah satu daripada kasut trek itu lalu memecut hingga sampai ke garisan penamat. Dari garisan penamat, dilihatnya pesaingnya masih lagi memilih-milih kasut trek yang sesuai untuk perlumbaan itu.


Moral ceritanya ialah anda jangan berlengah kerana orang lain telah pun bermula dan mungkin telah berjaya. Jangan juga terlalu memilih syarikat MLM yang perlu anda sertai. Pilih-memilih itu bukan prasyarat untuk berjaya. Prasyarat kejayaan ialah mahu buat dan terus buat.



Cerita 4


Pernahkah anda mendengar cerita anjing dengan bayang-bayang. Sang anjing yang sedang menggonggong tulang itu melepaskan tulang yang ada di dalam mulutnya hanya semata-mata melihat bayangnya sendiri yang juga sedang menggonggong tulang.


Moralnya : Apabila anda sudah berada di dalam mana-mana syarikat MLM, anda jangan sekali-kali terpengaruh oleh ajakan atau khabar bahawa ada sebuah syarikat MLM lain yang lebih bagus lalu anda tidak mahu lagi menjalankan perniagaan dalam syarikat MLM yang sedia ada dan menyertai syarikat MLM yang baru itu pula. Jika ini tindakan yang anda ambil, anda akan rugi seperti anjing yang kehilangan tulang yang digonggongnya itu.



Cerita 5


Di Florida, diceritakan bahawa telah tiba musim berombak. Aktiviti papan luncur menjadi pesta di pesisir pantai. Di gigi pantai, seorang pemuda duduk sambil berfikir. "Kalau gunakan 2 papan luncur tentu lebih seronok daripada menggunakan sebuah papan luncur". Setelah habis berfikir, pemuda itu pun mengambil dua papan luncur lalu pergi ke gigi pantai. Pada mulanya, dia memang seronok kerana kedua-dua belah kakinya berpijak pada papan luncur tetapi sebaik-baik sahaja ombak besar melandanya, dia terhumban dan kepalanya cedera terkena batu yang kebetulan ada di situ kerana gagal mengimbangkan badan dan kakinya pada kedua-dua papan luncur itu.


Moralnya: Jangan terlalu tamak. Berniagalah dengan sebuah syarikat MLM sahaja. Jangan menyertai lebih daripada sebuah syarikat MLM kerana akhirnya anda tidak akan berupaya mengurus perniagaan anda.



Cerita 6


Dua orang pegawai pemasaran telah diarahkan oleh majikan mereka untuk membuat tinjauan sama ada kasut boleh dijual kepada penduduk di sebuah negara di benua Afrika. Kedua-dua pegawai itu berlepas ke negara itu. Seminggu kemudian, pegawai pertama balik dan membuat laporan kepada majikannya. "Bos, saya fikir, kita tidak boleh jual kasut di sana. Semua orang di situ tidak memakai kasut bahkan tidak pun mengenali kasut."


Beberapa minit kemudian, pegawai kedua pula balik dan membuat laporan. "Bos, masa depan syarikat kasut kita di sana sungguh cerah." Sang majikan terkejut. "Bagaimana? Kata pegawai pertama tadi, orang di sana tak kenal kasut. Macam mana kita nak jual kasut?" Pegawai kedua berkata, "Senang saja, bos. Memang orang di sana tak kenal kasut dan tidak memerlukan kasut tetapi kita mesti mewujudkan keadaan yang akan menyebabkan mereka memerlukan kasut dan akhirnya kenal akan kasut." Majikan ingin tahu, "Bagaimana?" "Kita upah orang taburkan paku dan paku tekan di jalanan di tempat mereka lalu-lalang dan kita buka kedai kasut di tengah jalan itu."


Moral ceritanya ialah pertama, anda mesti kreatif. Anda harus mencipta keadaan yang pelanggan akan memerlukan produk yang anda pasarkan.Anda tidak harus bergantung pada kegunaan tradisi produk itu. Kedua, anda jangan membuat penilaian berdasarkan pemerhatian kasar. Jangan berpendapat bahawa kerana begitu banyak orang berjual produk yang sama di suatu tempat, maka tidak ada peluang untuk anda mencari keuntungan.


Anda Percaya, Anda Buat, Anda Berjaya!

SILA HANTAR EMAIL UTK KETERANGAN LANJUT

Terima kasih

saifa123@yahoo.com

 

 

Enter supporting content here