Kajian Tentang Khasiat mengkudu
                            
                           Kajian Saintifik oleh doktor-doktor di seluruh
                           dunia
                           Dr. Ralph
                           Heinicke
                           Dr. Ralph Heincke, pengkaji buah mengkudu @ noni yang diiktiraf diseluruh
                           dunia dengana pengalaman selama lebih 45 tahun percaya cecair mengkudu membantu tubuh badan untuk memulihkan dirinya dengan
                           membekalkan jumlah secukupnya proxeronine yang kemudiannya disintesiskan menjadi alkaloid xeronine. Beliau yakin bahawa satu dari pelbagai
                           fungsi alkaloid xeronine ialah untuk menyerap ke kawasan bersebelahan kawasan serapan endorfin dan bertindak sebagai ko-hormon
                           yang mengaktifkan reseptor protein "rasa ceria". Hasilnya mereka yang mengambil mengkudu berperasaan lebih baik dan lebih
                           bertenaga.
                           Dr. Heinicke percaya bahawa mengkudu membantu dalam menormalkan semula sel-sel tak normal dengan cara menghantar sebatian biokimia perlu, proxeronine
                           kepada tubuh. Di dalam sel ia bergabung untuk membentuk xeronine. Xeronine menunjukkan kesan positif ke atas sela yang menyebabkan
                           "rasa ceria" ramai orang. Memahamai bagaimana tubuh menghasilkan xeronine (biosintesis) adalah penting untuk menjelaskan bagaimana
                           mengkudu menjalankan peranannya.
                           Semasa di Institut Penyelidikan Nenas di tahun 1950an,
                           Dr.Heinicke mengasingkan satu bahan berhablur yang bukan dari mana-mana kumpulan sebatian biokimia konvensional. Selepas beberapa
                           tahun barulah beliau menyedari bahawa bahan berhablur ini adalah komponen yang kritikal untuk menghasilkan alkaloid xeronine.
                           Beliau turut menyedari bahawa kepekatan bahan ini dalam pokok nenas semakin berkurangan kebelakangan ini disebabkan pengurangan
                           mikronutrien tanah. Pada masa ini, buah mengkudu adalah sumber terbaik bahan yang kritikal ini.
                           Dr. Heinicke yakin bahawa xeronine mempunyai dua fungsi
                           asas dalam sel. Strukturnya yang tegar dan bergelegar (girder-like) membolehkan ia menjadi titik galang (fulcum) bila ia memposisikan
                           dirinya dalam celahan sesetengah protein specifik. Memiliki atom nitrogen dimasukkan kedalam struktur gelang kompleks - ia
                           adalah salah satu dari beberapa sebatian biokimia yang memungkinkan protein menumpukan suatu jumlah tenaga yang hebat yang
                           terhimpun dalam air untuk menjalankan pelbagai jenis kerja bebrentuk mekanikal, kimia dan elektrik. Kesemua tindakan in membolehkan
                           sel yang normal berkerja dengan cekap dan membantu sel-sel rosak untuk memperbaiki kekurangannya.