Teknik Mengurus dan Memimpin
                           
Jika anda mempunyai lebih daripada sebuah kumpulan, galakkan ketua
                           kumpulan anda itu mengadakan mesyuarat mingguan mereka masing-masing. Anda harus hadir sebagai penceramah dan pembimbing yang
                           akan menunjukkan cara berkesan melakukan perniagaan ini. Jika anda mempunyai downline baru, anda harus ikut downline anda
                           dalam aktiviti menjual dan menaja sehingga mereka mampu berdikari.
                           Pada setiap bulan, anda harus mengumpulkan
                           semua downline anda dalam mesyuarat bulanan. Agenda mesyuarat harus berkisar pada strategi menawan pasaran. Anda juga boleh
                           menjemput penceramah jemputan daripada upline anda yang telah berjaya untuk menaikkan semangat downline anda. Apabila anda
                           telah mempunyai kumpulan yang besar, kekerapan menjual anda perlu anda turunkan dan gantikannya dengan kekerapan memimpin
                           dan mengurus. Mengurus kumpulan sama dengan mengurus anak-anak. Mereka tidak boleh dimarahi, dipaksa melakukan, dihina, dan
                           sebagainya. Mereka harus dibelai. Pujian perlu dibuat apabila mereka berjaya melakukan jualan atau penajaan. Anda mesti mendengar
                           pendapat mereka biarpun mungkin anda tidak bersetuju.
                           Ringkasnya, hati mereka jangan dilukai sedikit pun. Kalau
                           terluka, mereka akan mengambil tindakan sama ada enggan melakukannya lagi atau bertukar kepada syarikat MLM lain/upline lain
                           dengan mematikan keahlian mereka di bawah organisasi mereka.
                           Sebagai ketua organisasi, anda harus mengenali downline anda paling kurang
                           sampai ke generasi ke-4. Mintalah bantuan downline anda yang menjadi ketua kumpulan anda untuk memperkenalkan downline mereka
                           kepada anda. Tujuannya adalah supaya ikatan anda dengan mereka walaupun hanya bertaraf "cicit" anda tidak terputus. Ikatan
                           yang kuat akan memperkuat organisasi anda. Sebagai ketua kumpulan, anda MESTI POSITIF walaupun downline anda telah mulai negatif.
                           Jika mereka melihat anda masih tetap bersemangat, mereka akan bersemangat kembali.
                           
Hari Ini, Menganyam Impian
                           Esok, Melakar Rancangan
                           Lusa, Mulakan Perjalanan
                           Kelak, Sampai Ke Tujuan
                            
                           Bab 7 :      Rahsia
                           Kejayaan Usahawan MLM
                           Anda perlu sedar bahawa berniaga dalam perniagaan jualan langsung ini
                           hampir sama dengan gambaran piramid terbalik dan menegak.Piramid menegak mewakili kerja anda sementara piramid terbalik 
                           mewakili hasil usaha anda. Apabila anda bermula (lihat dasar/tapak piramid menegak), banyak masa yang terpaksa anda korbankan,
                           tetapi hasilnya amat sedikit. Lama-kelamaan, dengan kesabaran, anda naik sedikit demi sedikit. Apabila anda berada di atas/puncak,
                           semakin sedikit kerja anda, tetapi hasul usaha anda adalah besar.
                           Oleh itu, anda jangan terlalu excited untuk berjaya dengan cepat. Jika
                           anda terlalu excited, akhirnya anda akan kecewa dan terus enggan  melakukan perniagaan ini. Anda perlu bersabar. Berusahalah
                           perlahan-lahan. Tawakkal. Lambat-laun anda akan sampai ke puncak juga.
                           Berikut adalah beberapa rahsia kejayaan usahawan-usahawan MLM yang saya
                           kutip.
                           a.        Bergaul
                           dengan segenap lapisan masyarakat. Dari celah-celah lumpur itu mungkin ada permata berharga.
                           b.        Bekerjasama
                           sesama ahli kumpulan. Lakukan perniagaan ini bersama dengan pasangan anda. Kerja berdua akan lebih mendatangkan hasil mutlak.
                           Berilah tunjuk ajar anda dengan ikhlas. Jangan tanya diri anda berapakah hasil yang akan saya dapati dengan menolongnya. Tanyalah,
                           berapakah hasil yang akan downline saya peroleh kalau saya membantunya. Downline anda berjaya, anda juga akan berjaya.
                           c.         Sediakan
                           strategi anda yang berbentuk sistem yang akan menjadi panduan dan amalan kumpulan anda.
                           d.        Buat
                           perancangan anda dan mestilah anda komited dengan perancangan anda itu.
                           e.        Jangan
                           abaikan downline anda. Setiap permohonan bantuan daripada mereka walaupun generasi di bawah perlu anda penuhi.
                           f.         Anggap
                           perniagaan ini sebagai peperangan. Anda tidak boleh tewas/gagal. Jika tewas/gagal, berakhirlah riwayat hidup anda. Dengan
                           ini anda akan bermati-matian mempertahankan perniagaan ini.
                           g.        Luangkan
                           sedikit masa anda untuk memikirkan idea kreatif yang dapat menjayakan perniagaan anda.
                           h.        Sentiasalah
                           anda merendah diri walaupun anda telah berjaya. Sikap ini akan menyebabkan sesiapa pun tidak berasa rendah diri apabila bergaul
                           dengan anda.
                           i.          Sentiasalah
                           anda memberikan keyakinan kepada downline anda bahawa mereka pasti, lambat atau cepat, mengecapi kejayaan.
                           j.          Sentiasa
                           berkata kepada diri sendiri : Aku berniaga kerana mengejar kepuasan, bukannya wang. Jika anda puas, wang akan datang bergolek.
                           k.         Mesti
                           sanggup menentang arus. Orang tak buat cara ini, anda buat. Jika orang lain tidak buat, anda buat, anda akan berjaya.
                           l.          Mesti
                           sanggup belajar dan diajar oleh sesiapa sahaja meskipun daripada downline sendiri. Walaupun anda sudah berjaya, anggapkan
                           sahaja anda belum berjaya. Dengan ini, anda akan sentiasa berusaha.
                           m.       Sentiasa
                           turun ke bawah. Jangan hanya melihat dari atas walaupun anda telah berjaya.
                           n.        Beri
                           motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiah kepada diri anda apabila anda berjaya melakukan sesuatu. Hadiah itu mungkin berupa
                           tidur seketika untuk merehatkan otak anda.
                           o.        Sekali
                           anda melakukan perniagaan ini, anda mesti melakukannya setiap hari. Jangan dibiarkan ada hari anda tidak melakukannya kerana
                           dikhuatiri semangat anda akan luntur.
                           p.        Jangan
                           berprasangka buruk kepada orang lain. Yang zahir tidak semestinya mencerminkan yang batin.
                           q.        Cakap
                           mesti serupa bikin. Jangan menyuruh downline melakukan sesuatu tetapi anda buatlah dahulu sebelum downline anda mencontohinya.
                           r.         Sentiasa
                           setia pada syarikat. Sifat kanggaroo tidak ada dalam resipi kejayaan usahawan MLM.
                           s.         Sentiasa
                           riang kerana keriangan akan meredakan ketegangan.
                           t.         Anggapkan
                           bahawa melakukan perniagaan sebagai ibadah.
                           u.        Jangan
                           anggap perniagaan jualan langsung ini sebagai cuba-cuba atau main-main sahaja. Anggapkan perniagaan ini sebagai penentu hidup
                           dan mati anda.
                           v.         Berikan
                           kail kepada yang memerlukannya, jangan berikan ikan. Biasanya, apabila anda sudah berjaya, banyaklah orang yang mendekati
                           anda semata-mata kerana wang. Jangan berikan wang kepada mereka, berilah starter-kit.
                           w.        Jangan
                           berasa rendah diri walaupun anda berhadapan dengan taikun perniagaan. Jika pun mereka tidak berhasrat menjadi downline anda, 
                           mereka mungkin menjadi pelanggan tetap anda yang berpotensi.
                           x.         Sentiasa
                           mencari ilmu/pengetahuan baru terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan jualan langsung sama ada daripada pergaulan, bahan
                           bacaan, atau daripada teknologi maklumat.
                             
                           Apabila Sudah Di Puncak,  Jangan Lupa
                           Rumput Di Bumi
                           
Bab 8 :      Penutup
                           
Saya mengakhiri rencana ini dengan beberapa cerita yang sangat besar
                           pengajaran moralnya.
                           
Cerita 1
                           Kononnya, terdapat sebuah negeri yang rajanya tidak mempunyai seorang
                           putera, tetapi hanya mempunyai seorang puteri. Raja itu menjadi sugul sentiasa kerana baginda tidak mempunyai pengganti. Akhirnya,
                           baginda meminta pendapat bendahara baginda. Sang bendahara mencadangkan agar salah seorang daripada hamba rakyat dipilih sebagai
                           menantu baginda. Raja bersetuju tetapi siapakah yang harus dipilih.
                           Ada yang mencadangkan supaya seorang pemuda gagah dipilih tetapi dibantah
                           oleh pembesar yang lain dengan alasan, sebelum raja mangkat, raja akan digulingkan oleh pemuda gagah yang menjadi menantu
                           raja itu. Berbagai-bagai cadangan dikemukakan tetapi semuanya tidak dapat digunakan.
                           Akhirnya puteri raja bersuara: "Ayahanda, anakanda mencadangkan agar
                           sesiapa juga yang berjaya menyeberangi sungai yang menjadi sempadan di antara istana kita dengan kampung hamba rakyat, maka
                           orang itulah yang sanggup anakanda kahwini." Raja dan para pembesar bersetuju kerana mereka yakin bahawa hanya pemuda yang
                           terbaik sahaja yang akan berjaya menyeberangi sungai yang telah banyak meragut nyawa penduduk negeri itu. Di lubuk sungai
                           itu, tinggal sekeluarga buaya yang sudah sekian lama mengganas membaham penduduk yang leka di tepi sungai. Diumumkanlah hasrat
                           puteri raja itu.
                           Tibalah hari diadakan sayembara itu. Salah seorang pemuda yang kelihatan
                           sasa terjun ke dalam sungai itu. Belum pun sampai di pertengahan sungai, pemuda itu berenang patah balik kerana dilihatnya
                           beberapa ekor buaya tiba-tiba muncul di permukaan air.
                           Lebih kurang 99 orang pemuda yang berusaha untuk berenang ke seberang
                           sungai telah berpatah balik ke tebing sungai permulaan sayembara.Setelah itu, agak lama, tidak ada sesiapa pun yang terjun
                           ke dalam sungai. Beberapa ketika kemudian, kedengaran deburan air. Seorang pemuda kurus berenang tergesa-gesa pontang-panting
                           menuju ke daratan di seberang sungai. Dia berjaya sampai ke tebing. Semua orang bertepuk tangan sebaik-baik sahaja pemuda
                           kurus itu sampai ke tebing.
                           Sebaik-baik sahaja naik ke atas, pemuda itu berkata: "Ampunkan patik
                           tuanku. Bukan patik mahu terjun ke dalam sungai itu, tetapi patik ditolak orang. Sebaik-baik sahaja berada di air, patik melihat
                           bayangan buaya di dalam air. Sebab itulah patik bermati-matian berenang ke tebing untuk menyelamatkan nyawa patik." Raja ketawa
                           dan berkata: "Tidak mengapa orang muda. Apa pun alasan awak, awaklah yang berhak mengahwini puteri beta dan bakal menjadi
                           pengganti beta."
                           Moral ceritanya ialah orang yang tidak berhasrat untuk menjadi berjaya
                           dalam perniagaan MLM ini pun masih boleh berjaya. Inikan pula anda yang sudah pun menetapkan matlamat untuk berjaya dalam
                           perniagaan ini.
                           
Cerita 2
                           
Pada suatu masa dahulu, ada seorang pemuda yang mahu mendalami ilmu
                           persilatannya. Ia mendengar bahawa di sebuah gua, terdapat seorang pertapa yang telah terkenal kerana bukan sahaja mempunyai
                           ilmu persilatan yang tinggi bahkan kaya dengan ilmu kebatinannya. Pergilah pemuda itu mencari pertapa itu. Akhirnya dia berjaya.
                           Pertapa itu memberikan syarat kepada pemuda itu. Jika pemuda itu berhasrat untuk menjadi muridnya, pemuda itu mesti pergi
                           ke suatu tempat dan membawa balik sebutir batu yang sejuk kepadanya. Pemuda itu sanggup. Setelah diberitahukan di mana tempat
                           itu, pergilah pemuda itu ke situ.
                           
Setibanya di situ, pemuda itu mendapati memang banyak batu di situ
                           tetapi dia tidak tahu batu mana yang dimaksudkan oleh pertapa itu. Dia mengambil sebiji batu dan dilepaskannya. Ternyata batu
                           yang baru diambilnya itu panas membara. Dia mengalas tapak tangannya dengan kain pengikat kepalanya untuk mengurangkan bahang
                           kepanasan. Satu persatu batu itu dipegangnya dan dibuangnya kerana dirasakannya panas.
                           
Akhirnya, tidak ada sebutir batu pun di situ. Dia terfikir, mungkin
                           pertapa itu menipunya kerana tidak ada pun batu yang sejuk di situ. Pada fikirannya, pertapa itu hanya memberikan alasan untuk
                           tidak mahu menerimanya.
                           
Moral ceritanya ialah kita jangan takut menghadapi cabaran kerana
                           antara banyak cabaran itu tentu ada hikmah di sebaliknya. Jika pemuda itu tidak mengalas telapak tangannya dengan kain, sudah
                           tentu dia akan merasa akan ada sebutir batu yang bentul-betul sejuk. Bagaimana pemuda itu hendak membezakan batu yang sejuk
                           daripada batu yang panas kalau tangannya beralas? Bagaimana anda akan mencapai kejayaan kalau anda takut akan cabaran.
                           
Cerita 3
                           
Dua orang pelari hendak berlumba lari di trek. Mereka dibekalkan
                           dengan beberapa pasang kasut trek pelbagai jenis. Pemuda pertama tanpa  berfikir panjang lagi terus menyarung salah satu
                           daripada kasut trek itu lalu memecut hingga sampai ke garisan penamat. Dari garisan penamat, dilihatnya pesaingnya masih lagi
                           memilih-milih kasut trek yang sesuai untuk perlumbaan itu.
                           
Moral ceritanya ialah anda jangan berlengah kerana orang lain telah
                           pun bermula dan mungkin telah berjaya. Jangan juga terlalu memilih syarikat MLM yang perlu anda sertai. Pilih-memilih itu
                           bukan prasyarat untuk berjaya. Prasyarat kejayaan ialah mahu buat dan terus buat.
                           
Cerita 4
                           
Pernahkah anda mendengar cerita anjing dengan bayang-bayang. Sang
                           anjing yang sedang menggonggong tulang itu melepaskan tulang yang ada di dalam mulutnya hanya semata-mata melihat bayangnya
                           sendiri yang juga sedang menggonggong tulang.
                           
Moralnya : Apabila anda sudah berada di dalam mana-mana syarikat
                           MLM, anda jangan sekali-kali terpengaruh oleh ajakan atau khabar bahawa ada sebuah syarikat MLM lain yang lebih bagus lalu
                           anda tidak mahu lagi menjalankan perniagaan dalam syarikat MLM yang sedia ada dan menyertai syarikat MLM yang baru itu pula.
                           Jika ini tindakan yang anda ambil, anda akan rugi seperti anjing yang kehilangan tulang yang digonggongnya itu.
                           
Cerita 5
                           
Di Florida, diceritakan bahawa telah tiba musim berombak. Aktiviti
                           papan luncur menjadi pesta di pesisir pantai. Di gigi pantai, seorang pemuda duduk sambil berfikir. "Kalau gunakan 2 papan
                           luncur tentu lebih seronok daripada menggunakan sebuah papan luncur". Setelah habis berfikir, pemuda itu pun mengambil dua
                           papan luncur lalu pergi ke gigi pantai. Pada mulanya, dia memang seronok kerana kedua-dua belah kakinya berpijak pada papan
                           luncur tetapi sebaik-baik sahaja ombak besar melandanya, dia terhumban dan kepalanya cedera terkena batu yang kebetulan ada
                           di situ kerana gagal mengimbangkan badan dan kakinya pada kedua-dua papan luncur itu.
                           
Moralnya: Jangan terlalu tamak. Berniagalah dengan sebuah syarikat
                           MLM sahaja. Jangan menyertai lebih daripada sebuah syarikat MLM kerana akhirnya anda tidak akan berupaya mengurus perniagaan
                           anda.
                           
Cerita 6
                           
Dua orang pegawai pemasaran telah diarahkan oleh majikan mereka untuk
                           membuat tinjauan sama ada kasut boleh dijual kepada penduduk di sebuah negara di benua Afrika. Kedua-dua pegawai itu berlepas
                           ke negara itu. Seminggu kemudian, pegawai pertama balik dan membuat laporan kepada majikannya. "Bos, saya fikir, kita tidak
                           boleh jual kasut di sana. Semua orang di situ tidak memakai kasut bahkan tidak pun mengenali kasut."
                           
Beberapa minit kemudian, pegawai kedua pula balik dan membuat laporan.
                           "Bos, masa depan syarikat kasut kita di sana sungguh cerah." Sang majikan terkejut. "Bagaimana? Kata pegawai pertama tadi,
                           orang di sana tak kenal kasut. Macam mana kita nak jual kasut?" Pegawai kedua berkata, "Senang saja, bos. Memang orang di
                           sana tak kenal kasut dan tidak memerlukan kasut tetapi kita mesti mewujudkan keadaan yang akan menyebabkan mereka memerlukan
                           kasut dan akhirnya kenal akan kasut." Majikan ingin tahu, "Bagaimana?" "Kita upah orang taburkan paku dan paku tekan di jalanan
                           di tempat mereka lalu-lalang dan kita buka kedai kasut di tengah jalan itu."
                           
Moral ceritanya ialah pertama, anda mesti kreatif. Anda harus mencipta
                           keadaan yang pelanggan akan memerlukan produk yang anda pasarkan.Anda tidak harus bergantung pada kegunaan tradisi produk
                           itu. Kedua, anda jangan membuat penilaian berdasarkan pemerhatian kasar. Jangan berpendapat bahawa kerana begitu banyak orang
                           berjual produk yang sama di suatu tempat, maka tidak ada peluang untuk anda mencari keuntungan.
                           
Anda Percaya, Anda Buat, Anda Berjaya!
                           SILA HANTAR EMAIL UTK KETERANGAN LANJUT 
                           Terima kasih 
                           saifa123@yahoo.com