Dahulunya Mereka Seperti Kita, Kini Mereka Sudah Menjadi Pengusaha Yang Berjaya, Ingatlah...Mereka Boleh Kenapa Kita
Tidak. Katakan "BOLEH" Jika Orang Lain Boleh Berjaya, Kita Juga "BOLEH " Yang Penting USAHA bukan DUDUK Sahaja.
"Semangat Juang Yang Ada Dalam Diri Kita Perlu Di Teruskan"....
|
PRAKATA |
|
Selamat datang ke program perniagaan, pelaburan dan penjagaan kesihatan yang diwujudkan
bagi membantu anda mengikuti skim istimewa untuk meraih pendapatan sampingan yang lumayan disamping pengekalan kesihatan diri
dengan hanya bermodalkan yuran penyertaan RM25.00. |
|
Anda yang menyertai dan mengikuti program ini akan memperolehi pendapatan sampingan bulanan
disamping kesihatan anda juga terjamin dengan menggunakan produk yang dihasilkan. |
|
Produk kesihatan yang dihasilkan dari buah mengkudu (Morinda Citrifolia) dan cendawan merah
(Ganoderma) terbukti berkesan kepada penggunanya disamping ianya berkualiti dan bermutu tinggi serta dijamin suci dan halal. |
|
LATAR BELAKANG SYARIKAT |
|
Sure Return Corporation (M) Sdn. Bhd. telah ditubuhkan sebagai sebuah syarikat korporat
sendirian berhad pada 15hb. Januari 1999 di bawah Akta Syarikat di Malaysia. Syarikat ini lebih dikenali dengan nama
SURECO. |
|
Penubuhan SURECO dicetus dan diasaskan oleh Hj. Rashid Abdullah, Dr. Zainol Anuar, Hj. Shaharudin
Hj. Nordin, En. Mohammad Rozi dan Prof. Dr. Sir Mugeni Samerin. |
|
SURECO adalah sebuah syarikat Bumiputra sepenuhnya dengan modal berbayar sebanyak RM251,000
dan modal dibenar berjumlah RM500,000 yang ditunjangi oleh pengasas-pengasas yang berpengalaman, berpengetahuan, berkebolehan
dan berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu untuk membentuk sebuah pengurusan korporat (corporate governance) yang mantap
bagi mencapai matlamat dan wawasan syarikat. |
|
Syarikat mempunyai pejabat urusan, pusat pameran serta pengedaran yang terletak di Wangsa
Maju, Kuala Lumpur. Manakala kilangnya bertapak di Teluk Intan, Perak. Sementara ladangnya pula berada di beberapa tempat
di Semenanjung Malaysia. |
|
Aktiviti utama SURECO adalah sebagai pengeluar produk-produk yang berasaskan mengkudu (Morinda
Citrifolia) dan cendawan merah (Ganoderma) yang memenuhi citarasa dan selera manusia dialaf baru ini. Syarikat ini mempunyai
teknologi yang tersendiri dalam bidang penanaman, pemprosesan dan pemasaran. Disamping itu, SURECO berdaftar sebagai ahli
Dewan Usahawan Industri Desa serta mendapat kerjasama daripada Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Luar
Bandar dan lain-lain Agensi Kerajaan dalam berbagai-bagai projek yang berpotensi. |
|
Kini, SURECO dengan kepastian dan keyakinan yang jitu mengorak langkah ke dunia industri
MLM, membuka peluang kepada semua pihak untuk bersama bagi mencapai kesejahteraan hidup. |
|
MATLAMAT SYARIKAT |
|
Membantu ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat dari segi fisikal, mental dan
rohani melalui pengamalan makanan kesihatan yang berasaskan herba-herba tempatan. |
|
Mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat Malaysia (tempatan). |
|
Memberi peluang perniagaan melalui aktiviti jualan langsung (industri MLM) bagi menambahkan
pendapatan keluarga. |
|
Mengeluar dan memasarkan produk berasaskan bahan mentah dan barangan tempatan sepenuhnya
(100%) selaras dengan seruan Kerajaan untuk membeli dan menggunakan barangan tempatan. Dengan ini dapat mengelakkan
pengaliran wang ke luar negara. |
|
Mengeksport barangan tempatan ke pasaran antarabangsa demi ekonomi dan imej negara Malaysia
selaras dengan seruan Kerajaan ke arah perlaksanaan konsep globalisasi. |
|
Pengerusi Eksekutif |
: Hj. Shaharudin Hj. Nordin, A.M.S.,
P.P.N., P.J.K. |
|
|
Pengarah Urusan |
: Hj. Rasyid Abdullah |
|
|
Pengarah Eksekutif Pengeluaran & Logistik |
: Hj. Mohammad Rozi Hj. Harun |
|
|
Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat & EDP |
: Dr. Zainol Anuar Mohd. Sharif |
|
|
Pengarah Eksekutif R&D / Rawatan Alternatif |
: Prof. Dr. Sir Mugeni Samerin |
|