Home | Maklumat & Berita Sureco | Kajian Mengkudu | Tips Berjaya | Prakata dari Barisan Pengarah | Produk & Khasiat | Senarai Harga Produk | Plan Pemasaran
Tips Berjaya Dalam MLM
Produk Kesihatan Sureco

Enter subhead content here

 

TEKNIK BERKESAN UNTUK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG

(MULTI-LEVEL MARKETING)

 

Disusun oleh

 

MASLAN OMAR

Universiti Sains Malaysia

 

 

1.       Sekapur Sirih Seulas Pinang

2.       Pendahuluan

3.       Bab 1 :         2 Pilihan

4.       Bab 2 :          Cipta Semula Diri Anda

                                -         Menjual Barangan MLM

                                -         Membuat Tajaan

                                -         Membuat Servis

                                -         Anda Tidak Ada Masa Lapang?

                                -         Ramai Pengedar Dalam Syarikat MLM Ini

                                -         Mampukah Saya Memimpin Downline Saya?

                                -         Maintain Bulanan Sangat Tinggi

                                -         Benarkah Masuk Jualan Langsung Hanya Memperkaya Upline?

5.       Bab 3 :          Mustahilkah Menjadi Jutawan Dalam MLM?

6.       Bab 4 :          Kualiti Yang Perlu Ada Pada Anda

7.       Bab 5 :          Mulakan Langkah MeN....

                                -         Menetapkan matlamat diri dalam perniagaan MLM

                                -         Memperkenalkan dan Menjual Tiada perniagaan tanpa jualan.

                                -         Menaja

                                -         Memberikan Servis

                                -         Membantu/Memimpin

                                -         Mengadakan Mesyuarat

                                -         Meniru/Mencontoh Upline

8.       Bab 6 :          Tips Untuk Berjaya - Teknik Menjual

                                -         Teknik Menaja

                                -         Teknik Mengurus dan Memimpin

9.       Bab 7 :          Rahsia Kejayaan Usahawan MLM

10.     Bab 8 :          Penutup

                                -         Cerita 1

                                -         Cerita 2

                                -         Cerita 3

                                -         Cerita 4

                                -         Cerita 5

                                -         Cerita 6

 

Sekapur Sirih Seulas Pinang

 

Untuk mendapat paparan yang lebih baik adalah dinasihatkan supaya Saudara/i Print semua artikel ini.

Saudara/Saudari Para Usahawan MLM,

MLM (Multi-Level Marketing) atau Pemasaran Pelbagai Aras atau lebih dikenali sebagai Perniagaan Jualan Langsung merupakan suatu industri yang bernilai berbilion-bilion Ringgit walaupun industri ini sebenarnya masih baru di Malaysia. Banyak usahawan jualan langsung yang telah menjadi kaya-raya dalam industri ini. Sesetengahnya menjadi jutawan setelah berkecimpung dengan perniagaan ini untuk beberapa tahun. Sesetengahnya pula hidup senang setelah menukar kerja sepenuh masa mereka dengan perniagaan jualan langsung.

Namun demikian, terdapat banyak pula yang menyertai perniagaan jualan langsung ini yang GAGAL biarpun telah mencubanya sedaya upaya. Mengapa ada yang gagal dalam perniagaan ini sedangkan ada yang berjaya pula? Ada yang mengatakan bahawa mereka GAGAL kerana mereka tidak ada nasib, tidak ada pengalaman dalam perniagaan ini, malu berjumpa dengan pelanggan, dan seribu satu macam alasan/sebab.

Sebenarnya, punca kegagalan dalam perniagaan Jualan Langsung BUKANLAH berpunca daripada nasib atau tidak ada pengalaman berniaga, tetapi disebabkan oleh KETIADAAN TEKNIK, iaitu teknik menaja, teknik menjual, teknik memberikan khidmat kepada downline, teknik membuat home party, dan beberapa teknik lain. Rata-rata mereka yang berjaya dalam perniagaan ini bukanlah mereka yang memiliki pengalaman berniaga yang menakjubkan. Mereka yang berjaya memiliki teknik yang tidak diketahui oleh orang lain.


Tanyalah kepada Puan Saadah Badrus dan suaminya, Encik Anis Kassan (JUTAWAN REVELL), Mejar Mohan dan isterinya, Elizabeth (COSWAY), Encik Zulkiflie Md Sohor (HAI-O MARKETING), Tuan Haji Mohd Roslan Ghazali (SHAKLEE), Encik Rahim Mat Hassan (SMC INTERNATIONAL (SUNSKY)), Tuan Shikh Ibrahim Shikh A. Hanam (ZHULIAN), Encik Hamid Darus (ELKEN), Encik Ismail Montak (M-PLAN), Encik Safingi Sarikin (LION BEST),( INTAN JUTAWAN CNI) Roslan Basir, ( INTAN JUTAWAN CNI) Wak Ramlan, ( INTAN JUTAWAN CNI)Murad Basir dan Tuan Haji Mohd Ridzwan Ahmad (CONY BIO). Itu adalah senarai pendek usahawan MLM yang telah berjaya. Mereka seperti anda juga. Tiada pengalaman berniaga, tetapi mereka memiliki teknik untuk berjaya. Bukan sedikit halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi mereka. Halangan dan cabaran itu sentiasa berlegar di sekeliling mereka. Tetapi mereka berjaya juga.

Tanpa teknik, tiada sesiapa pun yang akan berjaya dalam Industri Jualan Langsung. Teknik boleh dicipta tetapi sama ada berjaya atau tidak, belum tentu lagi. Jangan gadaikan perniagaan anda dengan teknik yang anda cipta sendiri selagi belum teruji berjaya. Bacalah Panduan Lengkap Bagaimana Menjadi Usahawan MLM Yang Berjaya. Rencana panduan ini merupakan hasil kajian menyeluruh penulis tentang kegagalan dan kejayaan usahawan jualan langsung dalam MLM ini. Teknik dan kaedah yang dicatat di dalam rencana ini telah terbukti berjaya dan menjadi amalan Juara-Juara Jualan Langsung. Bacalah dengan tenang dan setelah anda menghayati kandungan rencana ini jangan lupa mengunjungi  laman penaja kami yang terpapar pada banner atau link-link tertentu.Rencana panduan ini ditulis dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami oleh sesiapa juga yang berkecimpung dalam industri jualan langsung ini. Jadikan panduan di dalam rencana ini sebagai pemangkin kejayaan anda dalam perniagaan ini.


Pendahuluan

Buku panduan ini amat bernilai kepada mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan jualan langsung berbanding dengan harganya yang agak murah. Rencana  ini saya tulis khusus untuk sesiapa yang ingin menjadikan MLM sebagai perniagaan yang menjanjikan masa hadapan yang lebih baik. Bacalah buku ini berkali-kali dan jadikan panduan di dalamnya sebagai amalan anda setiap masa.

MULTI-LEVEL MARKETING, JUALAN LANGSUNG, DIRECT SELLING, atau apa-apa sahaja nama yang diberikan kepadanya merupakan suatu perniagaan yang paling mudah dilakukan tetapi telah disukarkan oleh mereka yang sengaja mencipta teknik dan kaedah untuk berjaya dalam sekelip mata. Ramai orang yang menjadikan perniagaan ini sebagai mata pencarian sepenuh masa atau sambilan kerana beberapa sebab:

*          Modal asas yang paling minimum/kecil Memiliki "pasaraya" sendiri Memiliki "pekerja" sendiri.

*          Berupaya menentukan berapakah pendapatan (bonus) yang diingini setiap bulan.

*          Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.

*          Berpeluang bertemu dengan pelanggan dan pengedar baru.

*          Berpeluang menjadi leader dan orang yang dihormati oleh pengedar-pengedar lain.

*          Peluang untuk menjadi senang dan kaya-raya.

Jika anda ingin serius dalam perniagaan ini, anda jangan sekali-kali menoleh ke belakang lagi. Anda mesti meneruskannya. Jangan dengar komen-komen negatif yang sentiasa mahu melihat anda tidak melakukan perniagaan ini dan seterusnya menjadi gagal.

Kata-kata nakal seperti "Mana boleh kaya jual sabun", "Masuk jualan langsung, kasi kaya upline saja", "Jualan Langsung di Barat boleh kayalah, di Malaysia pirah", dan bermacam-macam lagi sering kita dengar. Kata-kata ini bukan sahaja daripada orang lain, bahkan daripada ahli keluarga sendiri termasuk isteri. Terdapat kes yang isteri menyediakan tikar, bantal, dan selimut di luar pintu kerana suaminya balik lewat daripada membuat tajaan. Ada kes yang isteri seorang pengedar yang membuat panggilan memaki hamun upline kerana membawa suaminya keluar membuat jualan dan tajaan. Semua ini merupakan asam garam dalam jualan langsung. Semuanya dilakukan oleh mereka yang mengenali MLM hanya daripada kulit atau luarannya sahaja. Mereka tidak mengenali isinya. Hanya setelah anda berjaya, barulah mereka buka mata.

Anda juga mesti sedar bahawa perniagaan jualan langsung ini bukannya magic - hari ini menjadi pengedar, esok anda boleh kaya. Perniagaan ini memerlukan masa, tenaga, komitmen, dan wawasan. Mereka yang menjadi JUARA MLM telah pun terlibat dalam perniagaan ini bertahun-tahun lamanya. Setelah mereka menemukan "resipi kejayaan", barulah mereka berjaya. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Anda tidak boleh "dam" atau membeli barangan edaran anda dalam kuantiti yang banyak semata-mata untuk meraih bonus bulanan yang tinggi. Ini membunuh diri namanya.

Anda juga tidak sepatutnya menaja prospek sebarangan kerana menaja prospek tanpa mengetahui kesungguhan mereka sama seperti anda memiliki anak yang ramai tetapi semuanya tidak mahu bekerja. Anda sendiri yang akan rugi - membuang masa untuk memujuk dan menunjuk ajar mereka tetapi mereka enggan melakukannya - hanya mengumpul starter kit dan menyimpannya di dalam stor. Fahamilah kandungan rencana ini, praktikkan, dan sentiasa konsisten dalam kerja anda. Anda akan berjaya, Insya Allah. Setiap Kejayaan Bermula Dengan Satu Kegagalan !


Bab 1 :      2 Pilihan


Gagal atau Berjaya Dalam MLM ialah dua ayat pendek yang anda sendiri perlu memilihnya, iaitu adakah saya akan gagal atau adakah saya akan berjaya? Jika anda meyakini bahawa anda akan gagal sebelum berusaha bermakna anda memang telah pun gagal sebelum mencuba. Kepercayaan awal ini akan kemudiannya mempengaruhi tindakan anda seterusnya. Jika anda percaya bahawa anda akan berjaya, anda sudah pun membina asas untuk kejayaan dalam perniagaan ini. Jika pun anda gagal setelah mempercayai bahawa anda akan berjaya, anda akan berjaya juga akhirnya.

Kegagalan merupakan batu loncatan untuk berjaya. Mengapa dikatakan begitu? Setelah anda gagal, anda akan lebih berhati-hati, menukar strategi,dan menjadikan punca kegagalan itu sebagai pengajaran yang perlu dielakkan. Setelah anda bangkit semula daripada kegagalan itu, anda akan lebih bersedia untuk tidak gagal lagi. Nampaknya, berjaya atau gagal, anda sendirilah yang menentukannya, bukan orang lain, meskipun orang lain adalah antara punca kegagalan anda. Semuanya bermula daripada kepercayaan anda. Janganlah anda membina tembok batu yang akhirnya menjadikan anda terpenjara di dalamnya. Janganlah perasaan negatif seperti "tidak boleh" menjadi penyebab anda gagal.

Mengapa tidak anda sepatutnya lebih mempercayai bahawa anda boleh berjaya daripada akan gagal dalam perniagaan ini? Kepercayaan bahawa hanya orang Barat sahaja yang boleh berjaya dalam perniagaan ini adalah sudah lapuk. Sama dengan kepercayaan tradisi, apabila malam ada hantu.

Orang Malaysia - anda sendiri - sebenarnya boleh berjaya dalam perniagaan MLM ini. Dahulu, hanya orang Barat dan Jepun sahaja boleh membuat kereta. Kini, selain dua bangsa itu, orang Malaysia juga boleh membuat kereta bahkan lebih hebat daripada kereta buatan bangsa lain. Inilah kepercayaan yang sepatutnya menjadi pegangan anda - Saya Boleh Berjaya!

Hari ini, syarikat MLM yang bertapak di Amerika yang telah bertahun-tahun berada di Malaysia sudah mendapat saingan daripada syarikat MLM yang diasaskan di Malaysia dan oleh orang Malaysia sendiri. Inilah bukti bahawa orang Malaysia - ANDA - boleh berjaya melakukannya. "Percaya Boleh Berjaya"  merupakan rukun pertama kejayaan. Oleh itu, langkah pertama yang perlu anda lakukan setelah anda mendaftarkan diri sebagai pengedar ialah menanam kepercayaan boleh berjaya ini. Ini merupakan senjata paling ampuh yang dapat memecahkan apa-apa sahaja tembok diri biarpun yang dibina daripada besi keluli. Anda mesti percaya bahawa anda seperti orang lain boleh berjaya dalam perniagaan MLM ini.

9 bahagian daripada 10 bahagian rezeki adalah dalam bidang perniagaan. Jenis perniagaan yang paling mudah dilakukan ialah perniagaan jualan langsung. Kaum Cina di Malaysia menjadi senang kerana mereka percaya bahawa mereka boleh berjaya dalam perniagaan. Anggapan "Lihat dulu baru percaya" sepatutnya dihapuskan dan digantikan oleh "Percaya dan buat dulu, akan ada hasilnya". Jangan bazirkan masa, wang, dan tenaga anda hanya semata-mata anda percaya bahawa anda tidak akan ke mana dalam perniagaan ini. Sepatutnya anda tidak menurunkan tandatangan dalam borang keahlian syarikat MLM jika anda sudah pun menyimpan kepercayaan "Tidak Boleh Berjaya". Mulakan langkah pertama ini dengan "Saya Akan Berjaya!" Bertindaklah Sekarang Sebelum Hayat Melayang!


Bab 2 :      Cipta Semula Diri Anda


Ramai orang yang menyertai jualan langsung tidak "mencipta semula diri mereka". Apakah maksudnya?

Manusia mempunyai pelbagai ragam dan salah satu ragam itu ialah ego di dalam diri. Mereka percaya bahawa hanya mereka sahaja yang baik atau betul. Mereka tidak mahu menerima teguran atau tunjuk ajar. Dalam MLM, anda mesti membuang ego anda. Anda mesti bersedia menerimateguran dan tunjuk ajar biar pun yang memberikan teguran atau tunjuk ajar itu adalah orang yang  lebih muda daripada anda. Inilah yang dikatakan "cipta semula (recreate)".

Jangan tutup hati dan telinga anda daripada menerima sesuatu yang baik demi memajukan perniagaan anda. Anggapan bahawa anda lebih pandai atau sudah pandai perlu anda kikis. Anda mesti bersedia diberi tunjuk ajar dan bersedia untuk belajar. Ilmu perniagaan ini tidak terbatas. Anda mungkin tidak mengetahui semua perkara mengenai MLM tetapi orang yang memberi anda tunjuk ajar itu mempunyai pengetahuan tentang perkara yang tidak anda ketahui. Anda mesti bersedia untuk terus belajar. Ilmu perniagaan jualan langsung yang anda pelajari hari ini tidak akan relevan lagi pada 4-5 tahun akan datang. Jadi, anda mesti memperuntukkan masa pada setiap hari untuk belajar ilmu perniagaan MLM yang baru sama ada melalui pergaulan dengan orang lain, seminar, rally, konvensyen, atau membacanya daripada buku-buku dan majalah yang berkaitan.

Anda juga jangan kedekut mengajar orang lain, khususnya pengedar baru yang menjadi downline anda. Anda mesti mencurahkan segala pengetahuan yang ada pada anda untuk mereka. Jika mereka berjaya menyerap segala pengetahuan anda dan mempraktikkannya, anda akan lebih segera berjaya. Downline anda bukan ditaja untuk ditinggalkan tetapi sangat dahaga akan tunjuk ajar anda. Ajarlah mereka agar mereka berjaya juga. Mereka berjaya, anda berjaya juga.

Anda jangan sekali-kali percaya bahawa hanya syarikat MLM tertentu sahaja yang akan menjanjikan kejayaan mutlak. Semua syarikat MLM adalah sama. Walaupun pelan pemasarannya berbeza tetapi matlamatnya adalah sama. Kejayaan bukan terletak pada apa nama syarikat MLM itu tetapi kejayaan terletak pada apa yang anda lakukan. Satu perkara yang mesti anda ingat sentiasa dan mesti anda hebahkan kepada downline anda ialah Perniagaan MLM menjanjikan kekayaan tetapi bukan menjadi asas untuk cepat kaya.

Menjadi kaya dan menjadi cepat kaya adalah berbeza. Menjadi kaya adalah benar tetapi menjadi cepat kaya adalah hampir mustahil. Tidak ada sesiapa pun yang telah menjadi cepat kaya dalam industri ini. Yang ada hanyalah yang menjadi kaya setelah bertahun-tahun menjadi pengedar.

Sebagai perbandingan dan contoh, Puan Saadah Badrus yang menjadi pengedar REVELL dan kini dianggap sebagai salah seorang jutawan dalam industri ini di Malaysia hanya menjadi kaya setelah 4 tahun bersama syarikat ini setelah gagal mencapai impian beliau bersama 13 buah syarikat MLM lain sebelumnya.

Jangan percaya juga jika ada orang yang berkata: Jika ingin berjaya, tajalah prospek sebanyak mungkin. Anggapan ini adalah songsang. Tidak ada gunanya, anda menaja sehingga beratus-ratus orang ahli baru, tetapi mereka tidak aktif atau anda sendiri tidak mempunyai masa yang banyak untuk menunjuk ajar mereka.

Yang penting dan yang menjanjikan kejayaan dalam perniagaan ini ialah organisasi yang kuat dan aktif biar pun dianggotai hanya oleh puluhan orang sahaja. Mungkin anda masih ingat akan kata-kata hikmat Soekarno : Berikan aku tujuh orang pemuda, nescaya gunung akan aku ratakan. Ini bererti kuantiti ahli bukan prasyarat untuk berjaya. Kejayaan dalam perniagaan ini bergantung sepenuhnya pada kualiti yang ada pada ahli. Seperti Soekarno, beliau meminta 7 orang pemuda, bukannya 700 orang tua!

Jika selama ini anda tergolong di kalangan orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain, maka anda haruslah mengubah sikap ini. Dalam MLM,anda mesti bergaul dengan orang lain. Dengan bergaul, anda boleh membuat jualan, membuat penajaan, dan yang terpenting, anda akan memperoleh pengetahuan baru untuk memajukan perniagaan anda.


Masalah adalah asam garam dalam MLM. Semua pengedar MLM ada masalah. Tetapi, anda MESTI menganggap masalah itu sebagai cabaran. Seperti masalah yang mesti diatasi, cabaran juga mesti anda harungi. Setelah cabaran itu dapat anda atasi, maka di hadapan akan terbentang jalan lurus menuju kejayaan. Orang yang takut menghadapi cabaran tidak akan berjaya. Jangan berumah di tepi pantai jika anda takut akan ombak yang melanda. Jangan berniaga, jika anda takut rugi atau gagal.

Sebenarnya, perniagaan MLM ini perniagaan tanpa risiko. Jika anda rugi pun, anda hanya rugi sedikit. Jadi, apa yang mesti anda takutkan? Anda bukan berniaga bermodalkan ribuan ringgit. Anda hanya bermodalkan tidak pun sampai RM100 semasa anda menerima starter kit anda. Ramai pengedar yang saya temui sering berkata bahawa mereka takut menjual dan menaja. Saya sendiri tidak faham akan apa yang ditakuti oleh mereka.Mereka takut kalau-kalau bakal pelanggan mereka enggan membeli barangan mereka sedangkan mereka belum pun memperkenalkan barangan itu. Jika sudah pasti, bakal pelanggan menolak barangan itu, itu hanyalah dia seorang sedangkan di negara ini, terdapat jutaan penduduk. Seperti kata basahan, belum cuba belum tahu.

Jika anda takut, anda mesti menghapuskan perasaan takut itu dengan menemui paling kurang 10 orang pelanggan setiap hari. Saya jamin bahawasetelah anda menemui seorang pelanggan yang mahu membeli barangan anda, perasaan takut itu akan bertukar menjadi seronok. Kadang-kadang,ada orang yang takut menghampiri rumah kosong kerana sudah ada perasaan takut sebelum memasuki rumah itu. Orang begini perlu masuk sekali saja ke dalam rumah kosong itu, nescaya akan hilanglah perasaan takutnya terhadap rumah itu. Anda hanya perlu menemui seorang pelanggan atau seorang prospek baru sahaja untuk menghapuskan perasaan takut yang tidak berasas itu.Terdapat beberapa andaian awal yang negatif yang sentiasa bermain-main dalam fikiran pengedar baru, iaitu:

*          Menjual barangan MLM adalah sukar

*          Belum tentu prospek ingin menjadi ahli

*          Leceh membuat susulan selepas jualan pertama (servis pelanggan)

*          Tidak ada masa lapang untuk berniaga

*          Sudah ramai pengedar dalam syarikat MLM ini

*          Mampukah saya memimpin downline saya?

*          Jualan Minima Bulanan (maintain) amat tinggi

*          Masuk jualan langsung untuk memperkaya upline

Bersambung - bab 2

Sambungan -bab 3

sambungan -bab 4 & akhir

Enter supporting content here