Home | Maklumat & Berita Sureco | Kajian Mengkudu | Tips Berjaya | Prakata dari Barisan Pengarah | Produk & Khasiat | Senarai Harga Produk | Plan Pemasaran
Kajian Mengkudu
Produk Kesihatan Sureco
Pelbagai kajian telah dibuat terhadap buah mengkudu. Tidak perlu lagi kita meragui kehebatan produk Sureco. Produk yang Halal, Bersih dan berkesan.
 

 Kajian Tentang Khasiat mengkudu
 
Kajian Saintifik oleh doktor-doktor di seluruh dunia

Dr. Ralph Heinicke

Dr. Ralph Heincke, pengkaji buah mengkudu @ noni yang diiktiraf diseluruh dunia dengana pengalaman selama lebih 45 tahun percaya cecair mengkudu membantu tubuh badan untuk memulihkan dirinya dengan membekalkan jumlah secukupnya proxeronine yang kemudiannya disintesiskan menjadi alkaloid xeronine. Beliau yakin bahawa satu dari pelbagai fungsi alkaloid xeronine ialah untuk menyerap ke kawasan bersebelahan kawasan serapan endorfin dan bertindak sebagai ko-hormon yang mengaktifkan reseptor protein "rasa ceria". Hasilnya mereka yang mengambil mengkudu berperasaan lebih baik dan lebih bertenaga.

Dr. Heinicke percaya bahawa mengkudu membantu dalam menormalkan semula sel-sel tak normal dengan cara menghantar sebatian biokimia perlu, proxeronine kepada tubuh. Di dalam sel ia bergabung untuk membentuk xeronine. Xeronine menunjukkan kesan positif ke atas sela yang menyebabkan "rasa ceria" ramai orang. Memahamai bagaimana tubuh menghasilkan xeronine (biosintesis) adalah penting untuk menjelaskan bagaimana mengkudu menjalankan peranannya.

Semasa di Institut Penyelidikan Nenas di tahun 1950an, Dr.Heinicke mengasingkan satu bahan berhablur yang bukan dari mana-mana kumpulan sebatian biokimia konvensional. Selepas beberapa tahun barulah beliau menyedari bahawa bahan berhablur ini adalah komponen yang kritikal untuk menghasilkan alkaloid xeronine. Beliau turut menyedari bahawa kepekatan bahan ini dalam pokok nenas semakin berkurangan kebelakangan ini disebabkan pengurangan mikronutrien tanah. Pada masa ini, buah mengkudu adalah sumber terbaik bahan yang kritikal ini.

Dr. Heinicke yakin bahawa xeronine mempunyai dua fungsi asas dalam sel. Strukturnya yang tegar dan bergelegar (girder-like) membolehkan ia menjadi titik galang (fulcum) bila ia memposisikan dirinya dalam celahan sesetengah protein specifik. Memiliki atom nitrogen dimasukkan kedalam struktur gelang kompleks - ia adalah salah satu dari beberapa sebatian biokimia yang memungkinkan protein menumpukan suatu jumlah tenaga yang hebat yang terhimpun dalam air untuk menjalankan pelbagai jenis kerja bebrentuk mekanikal, kimia dan elektrik. Kesemua tindakan in membolehkan sel yang normal berkerja dengan cekap dan membantu sel-sel rosak untuk memperbaiki kekurangannya.

Enter supporting content here